Written by 9:35 pm Bola Sepak, Eropah, Malaysia

MB Selangor Anjur Liga Fantasi EPL, Tawar Hadiah Lumayan RM2,500

Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari mempelawa peminat bola sepak khususnya peminat saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk menyertai liga Fantasy Premier League (FPL) anjurannya.

Perkara itu diumumkan oleh Amirudin sendiri menerusi laman sosialnya, hari ini.

Amirudin yang juga merupakan peminat tegar pasukan berpangkalan di Merseyside, Liverpool turut menawarkan hadiah berupa wang tunai RM500 untuk juara bulanan. 

Sementara itu, juara keseluruhan di penghujung musim akan dihadiahkan dengan wang tunai lumayan sebanyak RM2,500.

Untuk makluman, saingan baharu EPL, musim 2020/21 akan bermula esok. Perlawanan pertama adalah membabitkan Fulham menentang Arsenal dengan sepak mula pada jam 7.30 malam waktu Malaysia.

Nama Liga: FPL MB Selangor

Kod: 2j05xz

(Visited 608 times, 1 visits today)
Close