Written by 1:01 pm Bola Sepak, Eropah

Saya Di Chelsea Bukan Sekadar Berebut No.4 – Frank Lampard

Ketua jurulatih Chelsea, Frank Lampard menegaskan sasarannya untuk saingan baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) bukan sekadar menduduki tempat keempat.

Sebaliknya, bekas pemain Chelsea suatu masa dahulu ini sedia mengemudi Chelsea untuk memberikan saingan sengit kepada Liverpool dan Manchester City sekaligus mencabar kejuaraan musim ini.

Dia juga sedar tekanan yang bakal dihadapinya memandangkan majikannya telah membawakan pemain-pemain berstatus bintang seperti Hakim Ziyech, Timor Werner, Thiago Silva dan Kai Havertz bagi mengharungi saingan EPL 2020/21.

Lampard mengakui amat menyukai tekanan sebegitu dan dia mengambilnya sebagai cabaran.

“Saya tak ambil tugas (ketua jurulatih) ini untuk berebut tempat keempat (liga) walaupun musim lalu ianya merupakan satu pencapaian (bagus) dan ianya merupakan salah satu sasaran yang dibuat dan kita berjaya mencapainya.

“Saya bukannya datang ke sini (Chelsea) untuk menaikkan pemain-pemain akademi ke dalam pasukan (senior) dan berkata telah memberikan debut kepada beberapa pemain.

“Tak, saya datang ke sini dan cuba untuk menang. Kita seharusnya teruja, tetapi kita juga perlu berhati-hati kerana perlu berkerja dengan pemain-pemain baharu,

“Dan tugas saya adalah untuk berkerja dengan pemain-pemain baharu untuk memastikan mereka dapat menyesuaikan diri dalam pasukan dan memastikan pasukan dapat berkerja sebaik mungkin.” katanya dalam satu sidang media di pusat latihan Chelsea, Cobham.

Sementara itu, Lampard mengesahkan empat pemainnya tidak dapat diturunkan bagi aksi sulung bertemu Brighton & Hove Albion di gelanggang lawan, The Amex yang dijadualkan pada awal pagi selasa, waktu Malaysia.

Pemain-pemain tersebut ialah Ziyech dan Ben Chilwell ekoran kecederaan dan belum cergas sepenuhnya. Thiago pula belum mula berlatih bersama mereka lagi dan Mateo Kovacic digantung ekoran mengutip kad merah pada perlawanan akhir Piala FA, ogos lalu.

Featured Image: Chelsea Football Club

(Visited 34 times, 1 visits today)
Close