Written by 11:06 pm Bola Sepak, Malaysia

TFC ‘Sedekah’ Gol Mudah Buat JDT

Hanya disebabkan kesilapan oleh pertahanan Terengganu Football Club (TFC), Argzim Redzovic, ianya telah memberikan pasukan pelawat, Johor Darul Ta’zim (JDT) satu kemenangan mudah.

Kesilapan itu berlaku ekoran misscommunication antara Argzim dengan penjaga gol, Sharmiza Yusoff pada minit ke-5.

Ia membolehkan Safawi Rasid menolak masuk bola dengan mudah ke dalam gawang untuk meletakkan JDT 1-0 di hadapan.

Sejurus kealpaan tersebur, TFC dilihat umpamana bangkit daripada tidur dan mula memberikan saingan kepada skuad Harimau Selatan. 

JDT pula tampak lebih ghairah untuk mencari gol tambahan namun TFC kental bertahan untuk memastikan gawangnya tidak dibolosi buat kali kedua. 

Situasi 1-0 berlarutan sehingga tamat masa permainan dan JDT berhasil membawa pulang tiga mata penuh dari Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sekaligus mengumpul 19 mata secara keseluruhan.

Ketika ini, JDT semakin selesa di puncak dengan dibezakan sebanyak 8 mata daripada pasukan di tangga kedua CIMB Liga Super 2020.

Featured Image: Johor Southern Tigers

(Visited 31 times, 1 visits today)
Close