Written by 5:50 pm Bola Sepak, Eropah

Gaya Marcelo Bielsa Bercangkung Di Tepi Padang Tarik Perhatian Ramai

Selepas 16 tahun, Leeds United membuat kemunculan kembali dalam saingan utama bola sepak England iaitu Liga Perdana Inggeris (EPL), sabtu lalu.

Lawan pertama mereka adalah juara bertahan, Liverpool. Bagaimanapun skuad kendalian Marcelo Bielsa ini tewas dengan jaringan 4-3 di Stadium Anfield.

Walaupun tewas, corak permainan Leeds high pressing dan possesion footbal telah mendapat pujian ramai penyokong dan peminat bola sepak.

Dapat dilihat dengan jelas Liverpool ‘kesakitan’ terlebih dahulu di atas padang sebelum bangkit meraih kemenangan.

Selain corak permainan yang diterapkan oleh Bielsa terhadap skuad dengan julukan The Whites itu, terdapat satu lagi perkara yang menarik perhatian ramai dalam perlawanan tersebut.

Perkara tersebut adalah gaya Bielsa bercangkung di tepi padang memerhatikan anak-anak buahnya semasa perlawanan menentang Liverpool menjadi buah mulut ramai terutamanya di internet.

Rata-rata melahirkan rasa kagum bagaimana seorang lelaki berumur pertengahan 60 tahun mampu melakukan ‘squat’ hampir 90 minit permainan tanpa letih dan kejang.

Kami kongsikan beberapa tweets daripada pengguna Twitter yang memberikan reaksi terhadap gaya Bielsa bercangkung, pada pautan di bawah:

Mengulas mengenai kekalahan perlawanan pembukaan tersebut, Bielsa mengatakan pasukannya berjaya mengekang Liverpool daripada mempamerkan corak permainan kebiasaannya.

Namun di penghujung perlawanan, berdasarkan analisis, Bielsa mengakui Liverpool merupakan sebuah pasukan yang hebat dan mereka berhak memenangi perlawanan tersebut.

Featured Image: Leeds United

(Visited 40 times, 1 visits today)
Close