Written by 1:46 pm Bola Sepak, Eropah

Neymar Menyesal Tak Tumbuk Muka Alvaro Selepas Kena Kad Merah

Bintang Brazil, Neymar merupakan salah seorang daripada lima pemain yang dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan dalam pertemuan Ligue 1 di antara Paris Saint-Germain (PSG) dan Olympique Marseille, awal pagi tadi.

Penyerang berusia 28 tahun itu dilayangkan kad merah selepas disahkan oleh video assistant referee (VAR) terlibat secara langsung dalam pergaduhan dengan pertahanan tengah Marseille, Alvaro Gonzalez pada hujung perlawanan.

Pada awalnya dia hanya dilayangkan kad kuning oleh oleh pengadil perlawanan, Jerome Brisard. Pertembungan hangat yang digelar Le Classique itu turut diwarnai dengan 14 layangan kad kuning.

Difahamkan Neymar bertindak sedemikian kerana Alvaro melemparkan kata-kata berunsur perkauman (racism) ke atasnya sebelum daripada perebutan bola di udara dan akhirnya mencetuskan pergaduhan besar-besaran di antara para pemain kedua-dua pasukan.

“Perkara yang paling saya menyesal adalah tidak menumbuk muka pemain itu,” tulisnya dengan nada penuh geram di laman sosialnya sejurus perlawanan tersebut.

Selain Neymar, dua pemain PSG iaitu Layvin Kurzawa dan Leandro Peredes turut diarahkan meninggalkan padang oleh pengadil. Manakala Jordan Amavi dan Dario Benedetto yang merupakan pemain Marseille turut menerima nasib yang sama.

Perlawanan tersebut berkesudahan dengan pasukan pelawat kendalian Andre Villas-Boas meraih kemenangan 1-0 ke atas PSG hasil jaringan Florian Thavin pada separuh masa pertama.

Mereka kini berada di kedudukan kelima selepas mencatatkan dua kemenangan dalam saingan Ligue 1.

Anda boleh tonton highlights penuh perlawanan di antara PSG dan Olympique Marseille pada pautan video di bawah:

Featured Image: Bleacher Report Football

(Visited 62 times, 1 visits today)
Close