Written by 11:53 am Bola Sepak, Malaysia

Sultan Selangor Beli Kasut Emas Khalid dan Letakkan di Muzium

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diberitakan telah membeli trofi Kasut Emas milik bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus, pada hari ini.

Harga yang dibeli tidak didedahkan kepada umum namun difahamkan ianya diletakkan pada satu nilai yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak iaitu Tuanku Sultan dan juga Khalid.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh laman sosial, Selangor Royal Office dan telah berlangsung satu majlis penyerahan ringkas di Istana Alam Shah, Klang pada pagi tadi.

Turut diumumkan, trofi yang dimenangi oleh Khalid ketika mewakili Perak dalam saingan Liga Perdana 1 musim 2002 itu akan diletakkan dan disimpan di Muzium Galeri Bola Sepak Selangor.

Muzium Galeri Bola Sepak Selangor yang terletak di perkarangan Istana Alam Shah.

Sebelum ini, Khalid mendapat perhatian ramai apabila mengumumkan melelong trofi tersebut selepas dibida dengan harga RM10,500 dalam satu sesi Facebook Live pada julai lalu.

Untuk rekod, Khalid Jamlus pernah menyarung jersi Red Giant dan beraksi bersama-sama pemain import Indoensia, Bambang Pamungkas dan Elie Aiboy dari tahun 2005 hingga 2006.

Featured Image: Selangor Royal Office

(Visited 135 times, 1 visits today)
Close