Written by 11:34 am Bola Sepak, Malaysia

Ong Kim Swee Pengarah Teknikal Baharu FAM?

Bekas ketua jurulatih Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee dikhabarkan menjadi calon utama untuk menggantikan Peter de Roo sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sebelum ini, Peter de Roo mengumumkan di laman sosialnya, tidak akan melanjutkan kontrak sebagai Pengarah Teknikal FAM, di mana ianya bakal tamat pada hujung tahun ini.

Menurut laporan New Straits Times, Presiden dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dan Stuart Ramalingam telah mengadakan mesyuarat secara tertutup bersama Kim Swee pada minggu lalu.

Dan sebuah sumber yang tidak dinamakan memberitahu bahawa Kim Swee yang kini menjawat jawatan Ketua Unit Pembangunan Belia FAM telah ditawarkan untuk menggantikan Peter de Roo.

Untuk rekod, Peter de Roo dilantik dan memulakan tugas sebagai Pengarah Teknikal FAM pada september 2017. 

Beliau merupakan individu penting yang menjalankan program DNA Bola Sepak Malaysia – sebuah sebuah falsafah bola sepak yang merangkumi sistem kejurulatihan yang seragam dari peringkat akar umbi sehingga elit.

Featured Image: Football Association of Malaysia

(Visited 37 times, 1 visits today)
Close