Written by 10:36 am Bola Sepak, Malaysia

Pemilik TRW Kelantan FC Lawat USM ‘Belajar’ Berkenaan Sains Sukan

Bukan sekadar cakap kosong, pemilik pasukan TRW Kelantan FC telah melakukan lawatan ke Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian bagi mendapatkan nasihat berkenaan sains sukan.

Sebelum ini, dalam satu temubual bersama [email protected], pemiliknya, Norizam Tukiman mengumumkan mahu menjalinkan kerjasama bersama USM.

Kerjasama itu mahu dijalankan bagi menerapkan sains sukan dalam rutin latihan pasukan TRW Kelantan FC sekaligus akan memaksimumkan kemampuan dan pontensi para pemainnya.

LAWATAN OLEH PEMILIK TRW KELANTAN FC KE PUSAT PENGAJIAN SAINS KESIHATAN USMJemputan oleh pihak USM yang terdiri…

Posted by TRW Kelantan FC on Sabtu, 12 September 2020

Dalam lawatan yang dilakukan oleh Norizam semalam, delegasi TRW Kelantan FC telah dijemput untuk bertemu dengan beberapa ahli akademik di Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM.

Antaranya Profesor Oleksandr Krasilshchikov yang mempunyai pengalaman berkenaan sukan dalam temasya besar seperti Sukan SEA, Sukan Asia Selatan dan Sukan Olimpik.

Selain itu, Norizam turut bertemu dengan Pakar Teknologi Makanan, Profesor Dr. Wan Rosli dan Pensyarah Program Sains Senaman dan Sukan, Encik Erie Zuraidee.

Berdasarkan reaksi oleh para peminat dan penyokong di ruangan komen, rata-rata memberikan pujian dan sokongan atas usaha yang dilakukan oleh Norizam tersebut.

Featured Image: TRW Kelantan FC

(Visited 86 times, 1 visits today)
Close