Written by 11:25 pm Bola Sepak, Malaysia

TRW Kelantan FC Bakal Lancar Jersi Khas – Zamburger Hiasi Ruangan Penaja Utama

TRW Kelantan FC bakal membuat pelancaran jersi ‘Special Limited Edition’ untuk mengharungi baki saingan Liga Premier 2020 dalam masa terdekat.

Perkara itu diumumkan oleh pemiliknya, Norizam Tukiman menerusi laman sosialnya, Zamsaham.

Bincang #TheRedWarriorsinshaAllah akan ada pelancaran Special Limited Edition soonest.. Khas 2020 shaja untuk last…

Posted by ZAMSAHAM on Selasa, 15 September 2020

Berdasarkan sebuah foto yang muat naik di laman sosial tersebut, jersi edisi khas itu hadir dalam dua warna iaitu merah dan hitam dengan rekaan yang ringkas dan kemas. 

Pastinya warna merah – warna tradisi bagi pasukan bola sepak Kelantan – akan digunakan untuk perlawanan di halaman sendiri (Home). Manakala warna hitam pula untuk kegunaan di tempat lawan (Away).

Sementara itu, di bahagian hadapan jersi tersebut, ianya dihiasi dengan logo Zamburger. Dapat diperhatikan juga, di bahagian lengan kanan, tersemat logo Zamsaham.

Lebih menarik, jersi tersebut dibuat oleh syarikat pakaian sukan tempatan iaitu Fitech Fitwear.

Jersi ketiga UITM FC tajaan Fitech Fitwear – Foto: JOHOR Southern Tigers

Untuk pengetahuan semua, Fitech merupakan syarikat yang sama menyediakan jersi ketiga (3rd Kit) buat sebuah pasukan yang bersaing di CIMB Liga Super 2020, UITM FC.

Dalam makluman yang sama, Norizam menerusi hantaran di laman sosial tersebut menjanjikan kepada penyokong TRW Kelantan FC bahawa persiapan untuk saingan musim 2021 kelak lebih baik.

Featured Image: Zamsaham

(Visited 149 times, 1 visits today)
Close