Written by 5:25 pm Bola Sepak, Malaysia

Jangan Berlindung Di Sebalik ‘Rehat’, Kalau Singkir Cakap Singkir – B. Satiananthan

Presiden Persatuan Jurulatih Malaysia (PJBM), B. Satiananthan sudah muak dengan ‘perangai’ pasukan-pasukan dalam saingan Liga Malaysia yang berselindung di sebalik perkataan ‘rehat’ apabila mahu menyingkirkan jurulatih terutamanya di pertengahan musim.

Dia yang turut dikenali sebagai Coach Satia lebih senang jika pasukan-pasukan berterus-terang dalam membuat kenyataan atau pengumuman apabila menyingkirkan jurulatih mereka.

Dua hari lalu, pasukan Liga Premier 2020, Kelantan United FC membuat pengumuman merehatkan ketua jurulatihnya, Zahasmi Ismail termasuk dua pembantunya,  Sazami Shafii dan Zahariman Ghazali menerusi satu siaran media di laman sosial kelab.

Siaran Media : KUFC Rehatkan Zahasmi Ismail.Kelantan United Football Club (KUFC) dalam mesyuarat khas malam tadi di…

Posted by Kelantan United Football Club on Isnin, 14 September 2020

“Jangan guna rehat kerana ia adalah istilah pondan. Kalau nak singkir cakap sahaja singkir.

“Kalau nak suruh saya rehat, saya tidak boleh terima. Jika nak rehat, mereka kenalah bayar gaji,” katanya seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

Sementara itu, Coach Satia tidak runsing mengenai kontraknya bersama Selangor yang akan tamat pada penghujung tahun ini.

Dia menyerahkan segala-galanya kepada pihak pengurusan untuk membuat pertimbangan samada melanjutkannya atau tidak.

Bagi pengendali berusia 62 tahun ini, dia telah mengemudi Selangor dengan baik – hanya satu kekalahan dicatatkan setakat ini.

Selain itu, Selangor menempatkan diri di tangga ke-6 CIMB Liga Super 2020 – terikat 10 mata bersama Melaka, Terengganu FC dan UITM FC.

Keputusan seri semalam meletakkan Selangor di kedudukan ke-6 #CIMBLigaSuper2020, dengan dibezakan 1 mata di belakang…

Posted by FA Selangor on Jumaat, 11 September 2020

“Itu terpulang kepada persatuan tetapi kalau nak ‘rehatkan’ saya, bayar gaji saya ikut kontrak dan jangan buang masa saya.

“Saya seorang yang pro­fesional. Dalam tujuh perlawanan terakhir, hanya sekali kami kalah, jadi jangan cakap ­banyak,” katanya lagi.

Featured Image: Malaysian Football League

(Visited 284 times, 1 visits today)
Close