Artikel

Jersi Home, Away & 3rd Selangor Semurah RM19

Peminat dan penyokong pasukan Selangor boleh mendapatkan jersi versi ‘fans issue’ keluaran Joma bagi musim lalu dengan harga semurah RM19, bermula hari ini.

Selain itu, jersi versi ‘player issue’ bagi musim yang sama turut dijual dengan harga serendah RM49. Harga asal bagi jersi Home, Away dan Ke-3 ini adalah RM99.

Promosi ini dilakukan oleh Extravaganza Futsal Shop (EFS) dan ianya dimaklumkan dalam satu hantaran di media sosial mereka, tengah hari tadi.

Menurut EFS, promosi ini sah sehingga penghujung bulan ini iaitu 30 september 2020.

Bagi peminat dan penyokong skuad Red Giant yang mahu mendapatkan jersi ini, anda boleh berkunjung ke EFS yang terletak di Shah Alam.

Featured Image: Ekstravaganza Futsal Shop

komen