Written by 3:05 pm Lain-Lain

Mental ‘Koyak’ Semasa Berlari? – Ikuti Saranan Doktor Marathoner Ini

Berlari merupakan salah satu aktiviti yang baik untuk kesihatan. Ianya membantu meningkatkan tahap kardiovaskular dan yang paling utama adalah menjadikan badan lebih sihat.

Namun demikian, bagi mereka yang mula berjinak-jinak dengan aktiviti ini pasti akan merasai kesukarannya.

Percaya atau tidak, berlari atau berjoging ini amat mencabar fizikal dan juga mental.

Untuk pengetahuan semua, tekanan mental yang diterima sewaktu berlari cukup mencabar.

Jika tidak ditangani dengan baik, pastinya rasa minat untuk berlari itu akan hilang begitu sahaja terutamanya dalam kalangan pelari kategori ‘beginner’.

Pendekatan yang bersesuaian perlu diambil untuk memastikan mental si pelari tidak mudah ‘koyak’ semasa berlari.

Bagi doktor perubatan yang juga seorang penggemar aktiviti larian, Dr. Rujhan Roslan menyedari akan masalah yang sering dihadapi oleh ramai pelari baharu terutamanya ketika berjoging.

Menurutnya, terdapat pelbagai pendekatan yang boleh diambil untuk membina kekuatan mental semasa berlari.

“Berlari secara berkumpulan atau berteman amat membantu kita dalam melawan tekanan mental yang dihadapi semasa berlari.” 

“Hal ini kerana, pelari akan cenderung untuk berasa bosan ketika berlari dalam jarak yang jauh.” 

“Jadi, apabila berteman kebosanan itu dapat dihilangkan kerana mereka boleh berbual sesama sendiri ketika berlari,” kata Rujhan kepada Sukanz.

Tambah Dr. Rujhan lagi, jika pelari ingin melakukan larian jarak jauh tetapi dalam kelajuan yang perlahan maka berlari dalam kumpulan adalah pilihan yang sesuai. 

Manakala berlari secara individu membolehkan si pelari untuk menfokuskan kepada peningkatan kelajuan dan kecergasan diri.

Pada masa yang sama, Dr. Rujhan juga mengatakan adalah penting untuk bergaul dengan mereka yang positif bagi memastikan kekuatan mental sentiasa tinggi ketika berlari.

“Jika kita dapat cari rakan yang mempunyai minat yang sama, ia adalah bonus. Paling penting, pastikan rakan disekeliling kita mempunyai sikap positif supaya kita juga merasakan auranya.”

Untuk makluman, Dr. Rujhan seorang yang aktif terlibat dalam aktivi larian dan mengambil bahagian dalam banyak acara termasuk marathon.

Antara acara yang disertainya adalah Kuala Lumpur Marathon serta Putrajaya Night Marathon.

(Visited 291 times, 1 visits today)
Close