Written by 12:48 pm Bola Sepak, Eropah, Malaysia

Astro Bakal Siar Aksi Safawi di Liga Portugal Secara Langsung

Penyiar televisyen berbayar, Astro secara rasminya akan menyiarkan perlawanan-perlawanan dalam saingan Liga Portugal bagi musim 2020/21.

Menurut laporan SportBusiness, Astro mendapatkan hak penyiaran liga tersebut secara eksklusif selepas menandatangani perjanjian bersama agensi Sportfive – pemegang hak penyiaran antarabangsa Liga Portugal.

Hasil perjanjian tersebut, Astro akan menayangkan dua perlawanan setiap matchday dan akan disertakan dengan ulasan dalam bahasa inggeris. 

Dua perlawanan awal yang akan disiarkan Astro menerusi saluran sukannya pada hujung minggu ini adalah Sporting CP menentang Gil Vicente dan FC Porto bertemu SC Braga.

Menerusi makluman ini, peminat-peminat bola sepak Malaysia bakal berpeluang melihat aksi penyerang kebangsaan, Safawi Rasid dalam saingan Liga Portugal, tahun depan.

Dari Johor terbang ke Portugal! 🇲🇾✈🇵🇹🔜

Posted by Sukanz on Selasa, 25 Ogos 2020

Sebelum ini, sebuah pasukan yang bersaing dalam kancah Liga Portugal, Portimonense SC telah membuat tawaran secara rasmi kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mendapatkan khidmat Safawi.

Pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim turut memaklumkan menerusi laman sosial bahawa akan melepaskan penyerang sayap berusia 23 tahun itu ke Portugal setelah tamatnya saingan Liga Malaysia musim ini.

Untuk rekod, Astro merupakan pemegang hak penyiaran bagi saingan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), La Liga, Ligue 1, Serie A, K-League dan J.League di Malaysia.

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

(Visited 146 times, 1 visits today)
Close