Written by 3:26 pm Lain-Lain

Lee Chong Wei Dipilih Pemain Badminton Terbaik Dekad 2010-2019

Bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei telah dipilih sebagai Men’s Shuttler of The 2010s oleh pengguna Twitter dalam satu undian yang dilakukan oleh laman sosial rasmi, Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Dalam undian tersebut, seramai 16 atlet badminton lelaki dengan kejuaraan kejohanan utama terbanyak dari tahun 2010 sehingga 2019 dipertandingkan dalam format kalah mati – empat pusingan pengundian.

Chong Wei telah mengumpul undian terbanyak mengatasi Chen Long (China) pada peringkat pusingan ke-16, Lee Yong Dae (Korea) pada saingan suku akhir, Mohammad Ahsan (Indonesia) ketika di saingan separuh akhir dan Hendra Setiawan (Indonesia) pada pusingan akhir.

“Ini merupakan kejuaraan pertama yang dimenangi tanpa setitik peluh. Terima kasih atas undian anda semua.” tulis pemenang pingat perak Sukan Olimpik sebanyak tiga kali itu.

Untuk makluman, Chong Wei yang berusia 37 tahun terpaksa mengumumkan menggantung raketnya pada tahun lalu ekoran masalah kesihatan yang dihadapi tidak mengizinkannya untuk meneruskan latihan pada intensiti tinggi.

Featured Image: Lee Chong Wei

(Visited 29 times, 1 visits today)
Close