Written by 9:28 am Bola Sepak, Eropah, Malaysia

RTM Nafi Miliki Hak Penyiaran Liga Belgium, Jupiler Pro League

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menafikan pihak mereka telah mendapatkan hak penyiaran Liga Belgium atau dikenali sebagai Jupiler Pro League. 

Terdahulu, sebuah portal melibatkan bisnes sukan berpangkalan di luar negara, Sports Business melaporkan RTM menjadi pemegang hak penyiaran Liga Belgium bagi pasaran di negara ini.

Ia sekaligus mengundang reaksi yang pelbagai khususnya dalam kalangan peminat bola sepak di Malaysia.

Bagaimanapun, pihak RTM menafikan laporan tersebut serta mengklasifikasikannya sebagai berita tidak sahih menerusi satu makluman di akaun media sosial rasmi mereka, pada pagi tadi.

“Isu berbangkit berkaitan Jupiler Pro League ini adalah tidak benar kerana pihak RTM tiada hak siaran seperti yang dikemukakan pihak tuan. Mohon kerjasama untuk tidak menyebarkan berita yang tidak sahih.” demikian kenyataan RTM.

(Visited 83 times, 1 visits today)
Close