Written by 4:33 pm Bola Sepak, Eropah

Tips Minit-Minit Akhir GW2 – Kenapa Anda Mesti Beli Aubameyang? 

Premier League bakal memasuki minggu kedua – Gameweek 2. 

Antara soalan yang masih bermain di minda adalah siapakah yang sepatutnya dibawa masuk ke dalam pasukan Fantasy Premier League (FPL) milik kita semua?

Buntu memikirkan pilihan pemain anda menjelang Gameweek 2? Berikut adalah cadangan-cadangan kami:

Penjaga gol:

Foto: Arsenal

Bernd Leno – Arsenal (vs West Ham)

£5.0 juta

Arsenal beraksi dengan baik dalam perlawanan pertama, dan dengan West Ham tidak pernah menang sebarang derbi London di tempat lawan di bawah kendalian David Moyes, mengapa tidak untuk ‘clean sheet’ kedua mereka musim ini?

Alternatif lain: Emiliano Martinez (Aston Villa, 4.5 juta)

Pertahanan:

Foto: Premier League

Lucas Digne – Everton (vs WBA)

£6.1 juta

Harganya agak tinggi jika dibandingkan dengan pertahanan lain, namun tahukah anda, sejak awal musim lalu, tiada pemain yang telah mencipta lebih banyak bantuan gol untuk Everton berbanding Digne (8 bantuan gol) termasuk bantuan gol ketika Everton menewaskan Tottenham minggu lalu.

Harga mahal yang berasas.

Foto: Leeds United

Luke Ayling – Leeds (vs Fulham)

£4.5 juta

Beliau mungkin tidak memberikan sebarang mata dalam perlawanan lalu, tetapi dengan Fulham dilihat tumpul di bahagian serangan, Leeds sepatutnya memenangi perlawanan ini.

Leeds juga dilihat gemar menggunakan serangan melalui overlap dari bek sisi, jadi Ayling mungkin dapat memberikan sesuatu dalam perlawanan kali ini.

Alternatif lain: James Justin (Leicester, 4.6 juta)

Pemain Tengah

Foto: Arsenal

Pierre-Emerick Aubameyang – Arsenal (vs West Ham)

£12.0 juta

Aubameyang telah terlibat secara langsung dalam 15 gol daripada 16 penampilan terakhir beliau dalam derbi London.

Dengan beliau turut menjaringkan satu gol dalam perlawanan lalu, West Ham boleh menjadi mangsa beliau yang seterusnya.

Foto: Manchester United

Bruno Fernandes – Man United (vs Crystal Palace)

£10.5 juta

Baru sahaja dipilih sebagai Pemain Terbaik Tahunan oleh kelabnya, Fernandes telah terlibat dalam 20 peratus daripada gol-gol United dalam semua kejohanan sejak beliau tiba pada Januari.

Alternatif lain: Mohamed Salah (Liverpool, 12.0 juta)

Penyerang

Foto: NNewcastle United

Callum Wilson – Newcastle (vs Brighton)

£6.5 juta

Anda mungkin tidak mahu melepaskan peluang membeli C. Wilson. Dengan harga di bawah £7 juta, beliau boleh mengulangi rekod Les Ferdinand dengan berjaya menjaringkan gol dalam dua penampilan pertamanya bersama Newcastle.

Foto: MManchester United

Anthony Martial – Man United (vs Crystal Palace)

£9.0 juta

17 gol dan 9 bantuan gol dalam Premier League musim lalu, momentum ini boleh dibawa Martial ke dalam perlawanan pertama Man United dalam liga musim ini.

Selamat maju jaya buat semua pemain FPL pada minggu ini!

Featured Image: Arsenal

(Visited 16 times, 1 visits today)
Close