Written by 1:29 pm Lain-Lain

Cadangan Bernas Azizulhasni Bina Trek Basikal Akan Dibincangkan – Menteri Belia & Sukan

Cadangan pelumba basikal trek negara, Azizulhasni Awang supaya membina trek basikal berasingan untuk pengguna basikal sepertimana negara jiran tetangga, Thailand akan dibincangkan oleh kerajaan.

Perkara itu diperkatakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican setelah berbincang dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong beberapa hari lalu.

Beliau menyedari komuniti berbasikal dalam kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat akhir-akhir ini. Ia bukan sahaja menarik minat rakyat marhaen malah pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira umur dan status.

Justeru, pihaknya tidak mahu ‘membunuh’ aktiviti yang sihat ini namun pada masa yang sama mengambil maklum akan rungutan orang ramai terhadap perkara-perkara membahayakan pengguna di jalan raya.

Saya sudah berbicara dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong, baru sebentar tadi. Hakikatnya,…

Posted by Reezal Merican Naina Merican on Jumaat, 18 September 2020

“Kita memahami minat berbasikal mereka, kita juga kena pastikan mereka berada dalam keadaan selamat, tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain. We must strike a balance between them.”

“Selepas berbicara dengan Menteri Pengangkutan tadi (beberapa hari lalu), saya fikir dalam masa terdekat ini, kita mungkin mengadakan sesi libat urus dengan komuniti berbasikal ini serta pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk mendapatkan pandangan.” 

“Dengan cara ini, kita boleh mencari jalan yang lebih tuntas agar kita tidak mengekang aktiviti sukan berbasikal ini untuk terus dilakukan secara giat dan aktif dan pada waktu yang sama, ia tidak akan membawa kepada sebarang bentuk bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.” 

“Misalnya, cadangan pelumba berbasikal trek, saudara Azizulhasni Awang, tentang membina trek berasingan (dedicated track) adalah sesuatu yang boleh kita bincangkan.” tulis Reezal di laman sosialnya.

View this post on Instagram

・・・ Assalamualaikum. . Ramai yang mintak saya komen pasal cadangan basikal perlu lesen dan plat ini. Saya cuba ringkaskan sebaik mungkin kerana kalau nak cerita dengan lebih terperinci mungkin agak panjang huraian dan penjelasannya. . Pertamanya, idea/cadangan ini bagus tetapi bagi saya ianya adalah pilihan yang terakhir kerana ada banyak lagi idea dan cadangan lain yang bagi saya perlu/boleh di aplikasi terlebih dahulu. Nak menjaga keselamatan penunggang basikal yang populasi nya makin bertambah ini, pada cadangan saya adalah 1- Pihak berkuatkuasa perlu duduk berbincang dengan pelbagai pihak untuk hadir dengan satu polisi atau peraturan baru bagi kaki basikal ini. Peraturan yang saya maksudkan disini adalah peraturan ketika berkayuh di lebuh raya, peraturan berkayuh di jalan-jalan kampung, peraturan berkayuh di off-road dan peraturan-peraturan yang bersangkut-paut dengannya. Juga perlu ada sebuah polisi keselamatan integrasi di jalan raya. 2- Perlu ada kempen dan awareness program/projek tentang kayuhan dengan selamat dan betul. Saya pun tak suka bile tengok rakan-rakan cyclist lain yang kayuh macam atuk nenek mereka punya jalan kerana ini membahayakan keselamatan dan boleh menimbulkan kemarahan pengguna jalanraya yang lain. Tapi saya percaya juga kebanyakan dari mereka ini tidak mempunyai pengetahuan asas cara-cara serta peraturan ketika di jalan raya. Maka kita perlulah beri perhatian bab ini. Cadangan ini adalah lebih cost effective berbanding cadangan seterusnya. 3- Berkayuh di jalan raya bahayakan? Maka boleh difikirkan untuk membina litar basikal dimana hanya peminat sukan berbasikal boleh berkayuh disini tanpa gangguan kenderaan lain. Tak payah pergi jauh, negeri jiran kita, Thailand pun dah lama ada litar basikal ini. Boleh google ‘Skylane Bangkok’, terletak berdekatan Suvarnabhumi Airport, trek berbasikal ini amat popular di bangkok dan mempunyai jarak 23.5km satu pusingan. Kayuh la sampai lebam kat dalam tu. Korea pun dah lama ada trek khas basikal ini dan diorang lagi hebat, trek yang jaraknya nearly 1000km dan menghubungkan dari… [Bacaan penuh di Facebook Fanpage Azizulhasni Awang- Klik link di bio]

A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang) on

Terdahulu, Azizulhasni atau lebih mesra dengan panggilan Jijoe melontarkan cadangan supaya pihak kerajaan menguatkuasakan peraturan untuk pengguna basikal, mengadakan kempen kesedaran keselamatan berkayuh dan membina litar khusus sepertimana dibuat oleh negara jiran tetangga di Bangkok iaitu Skylane Bangkok.

Ia bertujuan untuk melindungi kedua-dua pengayuh basikal dan pengguna lain di jalan raya dalam negara ini berbanding saranan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mahu pengguna basikal memohon lesen dan basikal pula diletakkan nombor plat pendaftaran.

Featured Image: Azizulhasni Awang

(Visited 21 times, 1 visits today)
Close