Written by 5:38 pm Formula 1, Permotoran

GP Rusia: Hamilton Berpeluang Menyamai Rekod Schumacher

Pelumba Mercedes-AMG Petronas, Lewis Hamilton kini berpeluang untuk mencatatkan satu lagi rekod gemilang dalam kariernya minggu ini.

Hamilton berpeluang menyamai rekod bekas pelumba Ferrari iaitu Michael Schumacher jika beliau berjaya merangkul kejuaraan di GP Rusia.

Jika berjaya menang di GP Rusia, Hamilton bakal menyamai jumlah perlumbaan yang dimenangi oleh Schumacher dengan 91 kemenangan.

Sebelum ini, rekod kemenangan yang dicatatkan Schumacher itu dilakukan pada 14 tahun lepas iaitu pada 2006.

Bercakap kepada Sky Sports, Hamilton nyata bersyukur kerana dikurniakan pasukan yang cukup hebat dalam membantunya mencapai rekod kemenangan yang sebegitu gemilang.

“Seperti macam dalam mimpi pula. Jelas sekali, ianya adalah nikmat yang cukup besar apabila mempunyai pasukan yang cukup hebat serta kereta yang boleh memberikan prestasi yang baik setiap minggu.”

Hamilton juga tidak menafikan kehadiran rakan sepasukan, Valtteri Bottas yang sentiasa menjadi asbab kepada dirinya untuk bekerja keras.

“Saya sentiasa bersyukur kerana mempunyai ramai individu yang akan memaksa saya untuk sentiasa bekerja keras. Saya cumalah sebahagian daripada rantaian pasukan.”

“Tetapi untuk memenangi perlumbaan bukannya mudah apabila anda mempunyai pemandu hebat seperti Valtteri Bottas yang sendiri memberikan saingan sengit kepada anda setiap minggu.”

Andai Hamilton berjaya memenangi kejuaraan GP Rusia, beliau akan menyamai rekod kemenangan Schumacher dengan 91 perlumbaan.

Rekod itu jauh meninggalkan Sebastian Vettel (53 kemenangan) dan juga Alain Prost (51 kemenangan).

Featured Image: F1

(Visited 32 times, 1 visits today)
Close