Written by 2:51 pm Bola Sepak, Malaysia

Michael Feichtenbeiner Ketua Jurulatih ‘Sementara’ Selangor

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mengumumkan melantik pengarah teknikalnya, Michael Feichtenbeiner sebagai ketua jurulatih baharu yang sementara untuk skuad senior Red Giants, berkuatkuasa serta-merta.

Perkara itu diumumkan oleh FAS menerusi satu siaran media di laman sosialnya, hari ini. Sebelum itu, FAS membuat keputusan untuk menamatkan kontrak ketua jurulatih sedia ada, B. Satiananthan.

“Tugas ketua jurulatih akan dipangku oleh Pengarah Teknikal Kelab, Michael Feichtenbeiner, sehingga ketua jurulatih yang baharu diumumkan.” tulis kenyataan rasmi kelab.

“FAS ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada B. Satiananthan atas khidmat beliau membawa pasukan Selangor ke tempat ke-3 dalam saingan unifi Liga Super 2019 serta mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia musim lalu.” tambah kenyataan FAS.

Untuk makluman, Feichtenbeiner merupakan ketua jurulatih bagi skuad simpanan, Selangor 2 yang beraksi dalam saingan  Liga Premier 2020. Setakat 8 perlawanan, pengendali berasal dari Jerman itu telah mengemudi Selangor 2 menduduki tangga ke-5 liga.

Untuk rekod, pengendali berusia 60 tahun ini dilantik sebagai Pengarah Teknikal FAS pada hujung tahun lalu.

Featured Image: FA Selangor

(Visited 37 times, 1 visits today)
Close