Artikel

Berjoging Siang Atau Malam? Berikut Penjelasan oleh Dr. Rujhan

Faktor waktu tidak menjadi penentu terbesar adakah kita akan dapatkan hasil yang terbaik dari aktiviti berjoging.

Sebaliknya, melakukan aktiviti joging itu sudah cukup untuk membolehkan kita mendapatkan manfaatnya tidak kira pada waktunya.

Menurut doktor perubatan yang juga seorang marathoner yang aktif, Dr Rujhan Raqibi, faktor masa tidak memainkan peranan besar kerana setiap daripada kita mempunyai jadual hidup yang berbeza.

https://www.instagram.com/p/B8GcGwbggil/

“Kita sendiri yang perlu tentukan waktu larian kita. Sebab masing-masing memang ada komitmen dengan keluarga, kerja dan sebagainya.”

“Namun begitu, berlari pada waktu pagi dan siang ada kelebihannya yang tersendiri.”

“Berlari pada waktu pagi akan memberikan motivasi kepada kita untuk bangun awal serta akan berasa segar untuk melakukan tugasan harian kita.”

“Jika berlari pada waktu malam, kita tidak akan terkejar-kejar dalam jadual kita, cuaca juga lebih redup pada waktu malam dan ianya akan membantu kita untuk lebih mudah tidur,” katanya kepada Sukanz.

Selain itu, Rujhan juga menasihatkan agar untuk berjoging sebanyak empat kali seminggu selama 30 minit minima dengan setiap hari itu diselangi dengan rehat.

https://www.instagram.com/p/B-V4rJCASbk/

Dalam masa yang sama, pemilihan kasut yang juga penting untuk memastikan keselesaan ketika berjoging.

“Tidak kiralah kasut itu mahal atau murah, pastikan kita pilih kasut yang sesuai untuk digunakan semasa berjoging.

“Jika salah memilih kasut, ianya mampu mendorong kepada risiko mendapatkan kecederaan.”

“Jika anda baru berjinak-jinak untuk berjoging, memperoleh kecederaan di peringkat awal mampu meruntuhkan motivasi anda untuk berjoging. Jadi pilih kasut dengan betul.” tambahnya lagi.

komen