Written by 3:45 pm Bola Sepak, Eropah, Malaysia

JDT Ikut Jejak Langkah Manchester United & Liverpool

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah merasmikan ‘Luciano Figueroa Stand’ – salah satu seksyen tempat duduk di dalam Stadium Sultan Ibrahim, hari ini.

Ia sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada bekas penyerangnya, Luciano Figueroa yang telah membantu JDT memenangi dua kejuaraan Liga Super (2014 & 2015), Piala Sumbangsih 2015 dan Piala AFC 2015.

View this post on Instagram

PERASMIAN ‘LUCIANO FIGUEROA STAND’ DI STADIUM SULTAN IBRAHIM DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah merasmikan ‘Luciano Figueroa Stand’ di Stadium Sultan Ibrahim pada hari Selasa. Turut hadir bersama adalah Duta Besar Argentina ke Malaysia, H.E Manuel Balaguer Salas. "Kelab ini akan sentiasa memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada orang yang berjasa dan mencipta sejarah kepada kelab," titah DYAM Tunku Ismail. Figueroa menyertai Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) pada tahun 2014 dan kekal selama dua musim sebagai pemain, menjaringkan 43 gol dan 14 bantuan jaringan dalam 71 perlawanan, sebelum menjadi Pengurus pada bulan Ogos 2018. Beliau juga pernah berkhidmat di JDT sebagai Duta Kelab pada tahun 2017. Bekas pemain kebangsaan Argentina ini memenangi dua kejuaraan Liga Super Malaysia (2014 & 2015), Piala Sumbangsih 2015 dan Piala AFC 2015 sebagai pemain. Figueroa juga berjaya memenangi dua lagi Piala Sumbangsih (2019 & 2020), Liga Super 2019 dan juga Piala Malaysia 2019 sebagai pengurus. Luaskan Kuasamu Johor. ——— LUCIANO FIGUEROA STAND OFFICIATED AT SULTAN IBRAHIM STADIUM HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor officiated the Luciano Figueroa Stand at the Sultan Ibrahim Stadium on Tuesday. Also in attendance was Argentinean Ambassador to Malaysia H.E Manuel Balaguer Salas. "This club will always recognise and appreciate those who have contributed and created history with the club," said HRH Tunku Ismail. Figueroa joined Johor Darul Ta'zim FC (JDT) in 2014 and enjoyed two spells as a player, scoring 43 goals and assisting 14 in 71 games, before becoming Manager in August 2018. He also served JDT as Club Ambassador in 2017. The former Argentine international won two Malaysia Super League titles (2014 & 2015), 2015 Charity Cup and the coveted 2015 AFC Cup as player. Figueroa has also won two Charity Cups (2019 & 2020), 2019 Super League and 2019 Malaysia Cup to date as manager. Luaskan Kuasamu Johor. Hidup Johor Demi Johor #HarimauSelatan #SouthernTigers #PermataSelatan #JewelOfTheSouth #JDTuntukSemua #JDTforAll

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor) on

“Kelab ini akan sentiasa memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada orang yang berjasa dan mencipta sejarah kepada kelab,” titah DYAM Tunku Ismail dalam majlis perasmian yang turut dihadiri oleh Duta Besar Argentina ke Malaysia, H.E Manuel Balaguer Salas.

Menamakan sesebuah stand di dalam stadium dengan nama bekas pemain terutamanya yang berstatus legenda bukanlah sesuatu yang asing dalam dunia bola sepak. 

Sebagai contoh, dua buah kelab yang bersaing dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Manchester United dan Liverpool telah melakukan perkara sedemikian.

Pada 2016 Manchester United telah menamakan kembali South Stand di dalam Stadium Old Trafford kepada The Sir Bobby Charlton Stand sebagai memperingati jasa Sir Bobby Charlton bersama The Red Devil.

Manakala juara bertahan EPL, Liverpool turut menukarkan nama Centenary Stand kepada The Sir Kenny Dalglish Stand pada tahun 2017 sebagai penghargaan kepada bekas penyerang dan pengurus legenda yang telah membawa pelbagai kejayaan kepada The Kop, Sir Kenny Dalglish.

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

(Visited 42 times, 1 visits today)
Close