Written by 4:27 pm Bola Sepak, Eropah

Genius! Tajaan Burger King Beri Publisiti Kepada Kelab Divisyen 4, Stevenage FC

Siapa sangka keputusan restoran makanan segera terkenal dari Amerika Syarikat, Burger King untuk menaja kelab kerdil, Stevenage FC telah memberikan publisiti yang besar kepada pasukan tersebut.

Kisahnya bermula tahun lalu, Burger King mengumumkan menjadi penaja utama Stevenage FC selama dua tahun sehingga hujung musim 2020/21. 

Ia membolehkan logo ikonik mereka terpampang di ruangan hadapan jersi pasukan yang bersaing dalam kancah divisyen empat bola sepak Inggeris, EFL League Two.

Available to buy now! 😍💳 stevenagefcshop.com

Posted by Stevenage Football Club on Sabtu, 6 Jun 2020

Sebagai sebuah syarikat multinasional yang dikenali seluruh dunia, mereka boleh sahaja mendapatkan publisiti dengan menaja kelab-kelab ternama yang mempunyai fan base besar seperti Manchester United, FC Barcelona dan Real Madrid.

Bagaimanapun keputusan sebaliknya dilakukan Burger King dengan menaja sebuah pasukan bukan sahaja kerdil malah tidak dikenali. Semestinya ia mengundang persoalan kalangan orang ramai dan tidak kurang juga yang melemparkan kritikan.

Tetapi ada satu perkara yang ramai tidak sedari iaitu Stevenage FC walaupun sebuah pasukan kerdil namun mereka tetap muncul di dalam permainan video, FIFA 20 sama seperti pasukan-pasukan besar yang lain.

Di sinilah kegeniusan mereka terserlah apabila Burger King turut melancarkan satu kempen secara dalam talian yang dinamakan Stevenage Challenge

Kempen ini mengajak para ‘gamers’ untuk menggunakan pasukan Stevenage FC ketika bermain permainan video FIFA 20 bersama rakan-rakan atau bermain mod ‘career’.

Para pemain juga perlu untuk memuat naik video-video jaringan gol ke media sosial menerusi Twitter untuk tatapan ramai dan berpeluang untuk memenangi hadiah.

Maka berbondong-bondong ‘gamers’ terlibat dalam Stevenage Challenge dan ianya telah mendapat sambutan ramai sehinggakan Stevenage FC mula dikenali ke peringkat antarabangsa.

Kempen ini dilancarkan di Amerika Syarikat, China, Mexico, Brazil, UK, Perancis, Jerman, Rusia, Sweden dan Sepanyol. Antara hadiah yang ditawarkan adalah penghantaran makanan percuma dan set menu Whopper percuma selama setahun.

Hasil daripada publisiti itu juga, jersi Stevenage FC yang dihiasi dengan logo Burger King turut dibeli oleh ‘gamers’ dan peminat-peminat baharu di seluruh dunia sekaligus memberikan mereka pulangan kewangan. 

Burger King pula mendapat publisiti berlipat kali ganda berbanding dana yang mereka keluarkan pada peringkat awal, jun 2019.

Featured Image: Stevenage FC

(Visited 123 times, 1 visits today)
Close