Written by 5:39 pm Gaya Sukanz, Lain-Lain

Sertai MVAC 2020 – Hanya Berlari 5KM & Anda Berpeluang Memenangi Garmin Smartwatch

MaselFix mengajak anda menyertai cabaran MaselFix Virtual Active Challenge (MVAC) 2020 dengan hanya melakukan aktiviti sihat iaitu samada berlari sejauh 5km, berkayuh sejauh 10km atau melakukan aktiviti luar selama 30 minit.

Bagi aktiviti luar, terpulang kepada anda samada mahu melakukan aktiviti berenang, memanjat bukit, lompat tali, zumba, memanjat dinding, futsal, badminton dan lain-lain lagi.

Peluang Memenangi Fold Bike dan Garmin Vivoactive Smartwatch dengan menyertai MaselFix Virtual Active Challenge (MVAC)…

Posted by MaselFix on Ahad, 6 September 2020

Setelah melakukan salah satu daripada aktiviti di atas, anda berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik di antaranya Fold Bike, Garmin Smartwatch, Smartphone Vivo Y11, Mi Smart Band 5, Redmi Airdots dan MaselFix Active Sports Gel.

Untuk menyertai MVAC 2020 ini, anda hanya perlu mendaftarkan diri di link, https://maselfix.com/shop/event/maselfix-virtual-active-challenge-2020/ sebelum daripada tarikh akhir 16 oktober 2020.

Cabaran ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia dan semua yang telah mendaftar akan menerima Goodies Pack yang mengandungi pelbagai barangan iaitu MaselFix Gel, t-shirt, medal, sijil penyertaan dan hadiah misteri.

Selain itu, terdapat juga Share & Win Contest, MVAC 2020 Photo Challenge dan Video Challenge Contest di mana para peserta boleh memenangi hadiah berupa wang tunai.

– SHARE & WIN : Hadiah ASD Pressure Cooker 8L

– MVAC Photo Challenge : Hadiah Wang Tunai

– MVAC Video Challenge : Hadiah Wang Tunai

Yuran pendaftaran untuk menyertai MVAC 2020 ini berharga RM75 namun buat pembaca laman sesawang Sukanz, anda boleh menggunakan kod kupon ‘SUKANZ’ untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM7 semasa mendaftar. 

(Visited 44 times, 1 visits today)
Close