Artikel

Tempah Jersi Baharu Kelantan FC Secara Online di Shopee – Harga Bermula RM69

Pasukan berpangkalan di pantai timur, TRW Kelantan FC melancarkan jersi edisi terhad keluaran syarikat tempatan, Fitech Fitwear untuk mengharungi baki saingan Liga Malaysia 2020.

Jersi tersebut dilancarkan secara rasmi dalam satu majlis yang diadakan di Sudara Beach Resort, Bachok, Kelantan pada malam tadi. Pemilik TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman turut hadir dalam majlis tersebut.

Jersi edisi terhad The Red Warrior ini hadir dalam dua warna iaitu merah (Home) dan hitam (Away). Ia juga didatangkan dalam dua versi iaitu Fans Editon dan Player Edition.

Antara perubahan yang ketara pada jersi ini adalah bahagian ruangan penaja utama dihiasi oleh logo Zamburger. Di lengan kanannya pula, tertera logo Zamsaham.

Harga jersi edisi Fans Edition adalah bermula semurah RM69 manakala edisi Player Edition pula diletakkan tanda harga RM95.

Bagi yang menginginkan Nameset di bahagian belakang, anda hanya perlu menambah RM30 sahaja.

Lebih menarik, peminat dan penyokong The Red Warrior tidak perlu tercari-cari kedai manakah yang akan menjual jersi ini kerana anda boleh menempah jersi baharu ini secara dalam talian menerusi platform membeli-belah, Shopee.

Klik link di bawah untuk membeli samada jersi TRW Kelantan FC Home atau Away:

Jersi Fitech x TRW Kelantan FC – Official Limited Edition Red Home

Jersi Fitech x TRW Kelantan FC – Official Limited Edition Black Away

komen