Written by 5:06 pm Bola Sepak, Malaysia • One Comment

TRW Rancang Bina Pusat Latihan Berbumbung Dengan Bajet Tidak Melebihi RM10 Juta

TRW Kelantan FC merancang untuk membina pusat latihan baharu berbumbung dengan bajet di antara RM5 juta hingga RM10 juta.

Menurut laporan Bernama, ia juga dilengkapi dengan lampu limpah berkualiti supaya para pemain boleh menjalani latihan pada waktu hujan dan malam.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan fasiliti dan kemudahan sepertimana pusat latihan kelab-kelab bola sepak moden.

SESI LATIHAN PAGI 23/9“Never give up, for that is just the place and time that the tide will…

Posted by TRW Kelantan FC on Selasa, 22 September 2020

“Antara kemudahannya ialah bilik mandi, dewan makan dan bilik rehat selain padang yang setaraf dengan keperluan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA),” kata pemiliknya, Norizam Tukiman.

Norizam turut mengenal pasti lima lokasi untuk pembinaan pusat latihan itu. Tiga daripadanya berada di dalam jajahan Kota Bharu manakala selebihnya di luar jajahan tersebut.

Beliau mengharapkan dengan pembinaan pusat latihan ini, Kelantan FC menjadi lebih disegani dan dapat memberikan saingan dalam kancah Liga Malaysia.

“Ini penting kerana Kelantan pada masa ini masih ke belakang dalam persaingan merebut tempat teratas,” katanya.

Pada masa yang sama, Norizam turut berkata pihaknya akan mengadakan siri latihan bersama pasukan bola sepak luar negara termasuk daripada Jepun.

Featured Image: TRW Kelantan FC

(Visited 36 times, 1 visits today)
Close