Written by 11:56 am Bola Sepak, Malaysia

FAP ‘Pulun’ Proses Penswastaan, Tak Mahu Sia-Siakan Tiket Liga Super

Pulau Pinang sedang bertungkus lumus untuk melengkapkan proses penswastaan kelab sebagaimana yang dimahukan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi mengelakkan tiket ke saingan Liga Super ‘terbakar’ begitu sahaja.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), Dastagir Mohd Yassin menegaskan bahawa pihaknya akan memastikan proses penswastaan selesai sebelum daripada tarikh akhir – 30 september 2020.

Mereka tidak mahu menghampakan usaha bersungguh-sungguh barisan kejurulatihan dan para pemain skuad Harimau Kumbang yang telah mengesahkan tempat secara matematik ke saingan Liga Super 2021 dengan mengumpul 20 mata daripada 8 perlawanan setakat ini.

HAI LIGA SUPER 2021..! KAMI MAI..!Dengan berakhirnya perlawanan di Kuching dan Kuala Terengganu, maka PULAU PINANG…

Posted by FA Penang on Ahad, 20 September 2020

“Cukup-cukuplah kami banyak belajar dari pengalaman musim lalu yang mematangkan kami supaya lebih teliti dalam menguruskan skuad Harimau Kumbang ini.

“Kami juga tidak mahu mengecewakan harapan pemain khasnya penyokong setia Harimau Kumbang yang sudah banyak berkorban demi mengembalikan maruah Pulau Pinang kembali beraksi di peringkat tertinggi bola sepak Malaysia.” katanya seperti dipetik daripada Sinar Harian.

Sebelum ini, dalam satu siaran media FAM mengenai status penswastaan kelab, Pulau Pinang berada di peringkat pertengahan proses senasib dengan pasukan Pahang dan Kedah.

Untuk makluman, sekiranya FAP gagal melengkapkan proses penswastaan ini, bukan sahaja tiket mereka ke saingan Liga Super 2021 akan menjadi ‘abu’ malah Harimau Kumbang akan ditendang ke saingan semi profesional iaitu Liga M3.

Petang tadi Setiausaha Kehormat FAP, En. Dastagir Mohd Yassin bersama kakitangan pejabat telah menerima dokumen…

Posted by FA Penang on Rabu, 23 September 2020

“Sebenarnya untuk kes Pulau Pinang ini kami sudah melakukan apa yang dikehendaki oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Cuma tempoh hari kami sedang menunggu kebenaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk guna nama Penang Football Club (Penang FC).

“Alhamdulillah perkara ini berjaya diselesaikan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan kami pun sudah menerima dokumen pendaftaran Penang FC,” jelas Dastagir penuh lanjut.

Musim lalu, Pulau Pinang terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi dalam saingan Liga Super 2020 apabila dikenakan hukuman pemotongan mata oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) disebabkan oleh isu tunggakan gaji bekas pemain import, Reinaldo Lobo.

Featured Image: FA Penang

(Visited 25 times, 1 visits today)
Close