Written by 3:38 pm Bola Sepak, Eropah, Malaysia

Jualan Murah Jersi Liverpool Keluaran NB di Lazada – Harga Bermula RM99

Jersi Liverpool keluaran syarikat barangan sukan Amerika Syarikat, New Balance (NB) kini boleh didapati dengan harga semurah RM99 sahaja.

Para peminat dan penyokong Liverpool boleh mendapatkan jersi pasukan kesayangan mereka itu menerusi kedai rasmi NB di platfrom membeli-belah atas talian, Lazada.

Liverpool jerseys for RM99, hurry limited stocks left!

Posted by New Balance on Selasa, 22 September 2020

Berdasarkan pemerhatian kami, pelbagai jersi edisi musim-musim terdahulu yang dijual dengan harga diskaun di sana. Antaranya jersi halaman sendiri (Home), laman lawan (Away) dan ketiga (Third) sejak musim 2017/18.

Harga asal bagi jersi-jersi tersebut bergantung kepada musim bilakah ianya dikeluarkan. Secara asasnya, pembeli dapat berjimat lebih daripada 50% bagi setiap pembelian jersi-jersi ini.

Bagaimanapun kesemua jersi ini adalah terhad dan dijual selagi stok masih ada. Selain daripada jersi, terdapat juga barangan lain keluaran NB seperti stokin, mafla dan dompet.

Untuk rekod, New Balance menandatangani perjanjian bersama Liverpool sebagai penyedia kit selama 5 tahun bermula musim 2015/16 sehingga musim lalu, 2019/20.

Klik link ini untuk membeli jersi Liverpool x New Balance di Lazada.

Featured Image: Liverpool FC

(Visited 17 times, 1 visits today)
Close