Written by 9:06 am Bola Sepak, Lain-Lain, Malaysia

MCA ‘Belajar’ Daripada PFAM Untuk Promosi Sukan Kriket di Malaysia

Bagi mempromosikan lagi sukan kriket dalam kalangan rakyat tempatan, Malaysian Cricket Association (MCA) telah melakukan pertemuan dengan Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM).

Pertemuan itu dilakukan MCA bagi mempelajari gerak kerja yang dilakukan oleh PFAM dalam membantu penstrukturan bola sepak tempatan dari aspek pengurusan pemain secara profesional, yang boleh diterapkan dalam sukan kriket.

Perkara itu dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PFAM, Izham Ismail kepada Ketua Pegawai Operasi (COO), Dinesh Muthuraman dalam pertemuan mereka di Kinrara Oval, semalam.

Selain daripada itu, kedua-dua pihak turut membincangkan berkenaan usahasama ‘rentas sukan’ yang boleh dibuat oleh pihak MCA dan PFAM sekaligus dapat diharapkan menyemarakkan lagi semangat ‘rentas sukan’ dalam kalangan persatuan-persatuan sukan di Malaysia.

Featured Image: PFAM

(Visited 16 times, 1 visits today)
Close