Artikel

Shahrel Fikri Sumbat 4 Gol – ‘Freekick’ Gaya Cristiano Ronaldo Curi Tumpuan

Penyerang Perak, Shahrel Fikri Md. Fauzi berjaya menyumbat empat gol ketika menentang Felda United FC (FUFC) dalam aksi kesembilan saingan CIMB Liga Super 2020.

Ia sekaligus membantu pasukannya mencatatkan kemenangan besar 5-1 ke atas skuad The Fighters dalam perlawanan yang berlangsung tanpa kehadiran penyokong di Stadium Perak, semalam.

Diantara keempat-empat gol yang dijaringkannya, jaringan pembukaannya pada minit ke-17 menerusi satu sepakan percuma ala-ala penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo menuju tepat ke bucu gol paling mencuri tumpuan.

Manakala baki tiga gol lagi dijaringkannya pada separuh masa kedua. Pelbagai reaksi yang diberikan oleh para peminat di media sosial mengenai kejayaan penyerang berusia 25 tahun itu mengenai sepakan percumanya dan jaringan 4 gol dalam perlawanan tersebut.

https://twitter.com/AZ_1697/status/1309491202979278848?s=20
https://twitter.com/theazibazfar/status/1309557497246543873?s=20

Empat gol yang dijaringkan itu telah melonjak namanya sebagai penjaring terbanyak kejohanan – 9 gol setakat ini, mengatasi penyerang Terengganu FC, Dominic Da Sylva yang memiliki 7 gol.

Sementara itu, Perak turut melonjak kedudukannya ke tangga kedua CIMB Liga Super 2020 dengan kutipan 17 mata.

Anda boleh menonton ‘highlights’ penuh perlawanan Perak menentang Felda United pada pautan video di bawah:

Featured Image: Malaysian Football League

komen