Written by 10:42 am Bola Sepak, Eropah

Tips Minit-Minit Akhir FPL GW3 – Werner Pilihan Utama!

Saingan minggu ketiga English Premier League (EPL) bakal menyaksikan dua pertempuran hebat.

Manchester City bakal melayan kunjungan Leicester City manakala Liverpool bakal bertemu Arsenal di Anfield.

Pening kepala memikirkan pilihan pemain untuk pasukan Fantasy Premier League (FPL) anda? Artikel ini mungkin boleh memberikan sedikit bantuan.

Penjaga gol – Hugo Lloris (5.5 juta)

Foto: Tottenham Hotspur

Spurs mungkin belum memungut sebarang clean sheet, namun mereka bakal berdepan Newcastle United – pasukan yang gagal menjaringkan sebarang gol dalam perlawanan terakhir mereka di tempat lawan. Tottenham sepatutnya tidak mempunyai sebarang masalah di laman sendiri.

Pilihan alternatif – Rui Patricio (5.5 juta)

Pertahanan – Andrew Robertson (7.0 juta)

Foto: Liverpool FC

Mungkin ada sesetengah pemain FPL tidak begitu menggemari Robertson kerana harganya agak tinggi dan berisiko. Percayalah, harganya berbaloi dengan pulangan yang diberi. Beliau sentiasa membantu bahagian serangan Liverpool dan mampu memberikan mata melalui bantuan gol.

Pertahanan – Reece James (5.1 juta)

Foto: Chelsea Football Club

Ketika artikel ini ditulis, penulis masih lagi teringat akan gol beliau ketika berdepan Brighton. Seorang lagi pemain bek yang gemar membantu bahagian serangan, dan dengan harga yang jauh lebih murah berbanding Robbo, anda harus mempertimbangkan James dalam pasukan anda.

Pilihan alternatif – Romain Saiss (5.1 juta)

Pemain Tengah – Kevin De Bruyne (11.6 juta)

Foto: Manchester City

Watak penting dalam bahagian serangan City, dan juga pemain paling berbakat dalam Premier League. KDB patut menjadi pilihan anda minggu ini untuk slot pemain tengah dengan harga premium. Jangan lupa, beliau memberikan 13 mata dalam FPL minggu lalu.

Pemain Tengah – Heung-Min Son (9.1 juta)

Foto: Tottenham Hotspur

4 gol dijaringkan minggu lalu menentang Southampton di tempat lawan, kali ini berdepan Newcastle di laman sendiri. Dengan bintang Spurs, Gareth Bale masih belum dapat diturunkan minggu ini, Son dijangka akan meneruskan rentaknya sebagai pemain tengah pilihan utama Spurs.

Pilihan alternatif – James Rodriguez (7.6 juta)

Penyerang – Timo Werner (9.5 juta)

Foto: Chelsea Football Club

Tapi, beliau belum menjaringkan sebarang gol? Minggu ini boleh menjadi minggu pertamanya mencetak gol bersama Chelsea. Dengan West Brom tampak goyah di bahagian pertahanan, Werner seharusnya menggunakan kelebihan itu untuk menjaringkan beberapa gol.

Penyerang – Dominic Calvert-Lewin (7.3 juta)

Foto: Everton Football Club

Penyerang yang diletakkan harga sebanyak 80 juta pound oleh kelabnya baru-baru ini boleh menjadi pilihan yang lebih murah untuk pasukan anda. Beliau telah membuktikan bakatnya selepas menjaringkan hatrik minggu lalu. Crystal Palace mungkin lawan yang sukar untuknya, tetapi DCL dijangkan dapat mengekalkan rentak jaringan golnya minggu ini.

Pilihan alternatif – Chris Wood (Burnley, 6.5 juta)

(Visited 95 times, 1 visits today)
Close