Written by 12:26 pm Bola Sepak, Lain-Lain, Malaysia

Stadium Baharu Kelantan Akan Mula Dibina Tahun Hadapan

Sebuah stadium utama, stadium tertutup, pusat renang dan velodrom akan mula dibina di negeri Kelantan bermula tahun hadapan.

Keempat-empat infrastruktur tersebut dibina sebagai persediaan untuk menjadi tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 kelak.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Wan Roslan Wan Hamat berkata akan turut memberikan perhatian kepada beberapa infrastruktur asas yang lain.

Ianya termasuk litar-litar sukan bermotor dengan piawaian bertaraf antarabangsa, asrama dan juga Pejabat Perbadanan Stadium.

[Admin] 1 Safar 1442H / 19 September 2020 : Lawatan ke Stadium Sultan Ibrahim, Gelang Patah.

Posted by Ustaz Wan Roslan Wan Hamat on Sabtu, 19 September 2020

“Kita telah melawat negeri-negeri khususnya Johor yang kini sedang menguruskan Sukma ke-20 dan kita baru selesai buat ‘value management’ melibatkan lokasi-lokasi dan infrastruktur yang kita akan bina di Kelantan.

“Bila siap nanti kita akan majukan kepada Jemaah Menteri untuk mendapatkan jawapan balas berkenaan jumlah peruntukan yang boleh kerajaan beri kepada Kelantan dalam persiapan membina infrastruktur tersebut,” katanya seperti dipetik daripada Sinar Harian.

[Admin] 1 Safar 1442H / 19 September 2020 : Lawatan bersama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia ke Velodrom Johor, Youth Hub, Iskandar Puteri.

Posted by Ustaz Wan Roslan Wan Hamat on Sabtu, 19 September 2020

Difahamkan infrastruktur-infrastruktur tersebut akan dibina di atas tanah seluas 60.7 hektar di Bukit Merbau, Pasir Puteh dan beberapa kawasan lain sekitar Kota Bharu dan Jeli.

“Kerajaan negeri telah membelanjakan RM10 juta untuk membayar tanah rakyat di kawasan Bukit Merbau itu sebagai langkah awal untuk pembinaan kompleks sukan tersebut. Insya-ALLAH semuanya akan berjalan lancar nanti,” tambahnya lagi.

Featured Image: TRW Kelantan FC

(Visited 98 times, 1 visits today)
Close