Written by 4:33 pm Bola Sepak, Malaysia

Aksi Sabah, Melaka Diteruskan – Liga Lain Hanya Yang Positif Tidak Bermain

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan tiada sebarang penangguhan perlawanan melibatkan pasukan Sabah dan Melaka United untuk aksi kesembilan CIMB Liga Super 2020, hujung minggu ini.

Terdahulu, aksi melibatkan pasukan pertemuan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Sabah dan Kedah menentang Melaka United menjadi tanda tanya samada diteruskan mengikut jadual atau ditangguhkan. 

Hal ini kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan setiap individu yang tiba dari Sabah perlu menjalani ujian saringan Covid-19 dan perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) bermula 27 september.

Bagaimanapun, perkara itu disahkan sendiri tidak akan ditangguhkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Ab Ghani Hassan.

“Jadual masih kekal 2 September, tiada perlawanan tertangguh. Cuma jangan ada yang kena (positif COVID-19), tapi di liga lain pun ada (pemain positif) cuma yang kena itu saja tak boleh main.

“MFL sentiasa berhubung dengan Persatuan Bolasepak Sabah dan sebelum ini juga kita berhubung dengan Melaka United. KKM pun sangat membantu kita,” katanya seperti dilaporkan oleh Berita Harian.

Hujung minggu lalu, pasukan Melaka United terbang ke Stadium Likas, Kota Kinabalu untuk menentang tuan rumah, Sabah dalam aksi kelapan saingan Liga Super.

Perlawanan itu berkesudahan dengan pasukan tuan rumah mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas pasukan pelawat.

Featured Image: Malaysian Football League

(Visited 29 times, 1 visits today)
Close