Written by 5:46 pm Bola Sepak, Eropah

Mourinho Korbankan Piala Carabao Kerana Liga Europa Beri Lebih Banyak Duit

Pengendali Tottenham Hotspur, Jose Mourinho mengangkat bendera putih untuk bersaing dalam kempen Piala Carabao kerana jadual yang terlalu padat.

Disamping itu, pengurus berbangsa Portugal ini mahu memberikan tumpuan kepada melayakkan diri ke peringkat kumpulan Liga Europa kerana memberikan lebih banyak pulangan kewangan.

Ketika ini, skuad berpangkalan di utara London itu terpaksa mengharungi jadual padat iaitu menempuh lima perlawanan dalam masa 11 hari.

Mereka baru sahaja melayan kunjungan Newcastle United pada hari ahad lalu untuk saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dan awal pagi nanti, Spurs bakal menentang Chelsea pada pusingan ke-4 Piala Carabao. Mourinho awal-awal lagi membuat perancangan untuk melakukan penggiliran pemain.

Beliau melakukan hal tersebut kerana ingin ‘menyimpan’ pasukan utamanya untuk mengharungi saingan kelayakan Liga Europa bertemu Maccabi Haifa pada awal pagi jumaat ini.

“Saya mahu bersaing dalam kancah Piala Carabao tetapi saya fikir (Spurs) tak mampu. Peringkat kumpulan Liga Europa beri kami lebih banyak duit, untuk kelab seperti kami, itu lebih penting.” katanya dipetik daripada Daily Mail.

Mourinho turut menafikan beberapa pandangan yang mengatakan Spurs mempunyai peluang mencatatkan kemenangan ke atas Chelsea pada awal pagi nanti.

“Kamu bergurau ke serius? Chelsea bermain sabtu (lepas), mereka (berehat) pada hari ahad dan isnin. Kemudiannya mereka bermain pada hari selasa (awal pagi rabu waktu Malaysia) dan bermain pula pada hujung minggu (ini).

“Dengan skuad hebat (mereka), jika pengurusnya tidak mahu melakukan penggiliran pemain, dia boleh mainkan pemain-pemain (utama) yang dia mahukan.” ujar Mourinho.

Featured Image: Tottenham Hotspur

(Visited 62 times, 1 visits today)
Close