Written by 12:03 pm Bola Sepak, Malaysia

Penyokong Cakap Satiananthan Main ‘Long Ball’ Tetapi InStat Menunjukkan Sebaliknya

B. Satiananthan seringkali dikritik oleh para penyokong kerana menerapkan corak permainan hantaran jauh (long ball) sepanjang mengendalikan pasukan Selangor sejak tahun lalu.

Hantaran jauh merupakan salah satu teknik yang digunakan dalam sukan bola sepak. Caranya adalah dengan melakukan satu hantaran jauh oleh penjaga gol atau pertahanan melangkau pemain tengah untuk terus sampai kepada pemain di barisan serangan.

Kalangan peminat bola sepak menganggap teknik ini sebagai primitif dan kurang efektif. Hal ini disebabkan teknik long ball membuatkan pasukan mudah kehilangan penguasaan bola di dalam permainan sekiranya tidak dilakukan dengan baik.

Bagaimanapun, telahan oleh majoriti penyokong bahawa Satiananthan menerapkan teknik long ball disangkalnya. Pada masa yang sama, beliau menunjukkan satu statistik oleh syarikat analisis prestasi sukan untuk menyokong dakwaannya. 

“(Para) peminat dan penyokong kata kita main long ball, statistik (daripada) InStats, digunakan oleh semua (seperti) Liga England dan liga-liga termasyhur,

“Ini (datanya), Selangor di (kedudukan) nombor dua untuk ball posession, nombor satu adalah JDT, (manakala) ball passing kita berada di (kedudukan) ketiga selepas Terengganu FC.”

“Hey, kita adalah kalangan tiga terbaik di dalam negara. Orang kata saya main long ball. Di mana?” kata Satiananthan dalam rancangan [email protected] bersama Hafizal Hamad, semalam.

Berdasarkan data yang ditunjukkan oleh InStat, jelas menunjukkan Selangor tidak memainkan teknik long ball secara 100% sepanjang berada di bawah bimbingan Satiananthan.

Foto: FA Selangor

Berdasarkan pemerhatian sebelum ini, ada beberapa ketika Selangor menggunakan teknik long ball terutamanya melakukan serangan balas secara pantas. Dan Satiananthan hanya memberikan ‘lesen’ kepada seorang pemain sahaja untuk melakukan hantara jauh tersebut.

“Saya hanya benarkan seorang sahaja main long ball iaitu Taylor Regan kerana dia adalah The Best Long Ball Player di dalam negara ini, pada masa ini.” tambahnya lagi.

Featured Image: FA Selangor

(Visited 74 times, 1 visits today)
Close