Written by 4:08 pm Bola Sepak, Malaysia

Kedah Guna Nama Darulaman FC Kerana Tak Mahu Jadi Ayam Goreng

Darulaman FC (DFC) menjadi nama baharu buat pasukan Kedah setelah menjalani proses penswastaan sepertimana dikehendaki oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), YAB Muhammad Sanusi Md Noor merangkap Menteri Besar Kedah dalam satu sidang media, hari ini.

“Secara formalitinya penswastaan ini hanya (atas) kertas sahaja, sokongan rakyat Kedah (sama) masih guna hijau kuning, lagu yang sama, tinggal lagi kita kena letak nama.

“Bila kita fikir-fikir (nama) Kedah Football Club akan jadi KFC, kita tak mahulah jadi ayam goreng. Kita nak elak daripada ayam goreng tu, kita gunakan nama Darulaman Football Club (DFC).” katanya.

Berdasarkan sidang akhbar mesyuarat exco sebentar tadi MB memberi gambaran tentang penswastaan KFA. Akan menggunakan Darulaman FC atau DFC, untuk kempen musim 2021, jelas akan memberi tampak/ kesan pada penyokong Kedah. Suka atau Duka, dikhabarkan semua sudah bersedia dengan LOGO baharu, wajah baharu dan sebagainya. Namun paklong rasa tak sedap hati, sebab masih dibawah pengaruh kerajaan negeri sehingga ada pihak yang sudi mengambil alih DFC ini.Jom ikuti sidang akhbar ini dan hayati apa yang dikatakan oleh Menteri Besar Kedah (secara serius).Ini melibatkan sukan kesayangan rakyat negeri ini. Janganlah diperkotakkatikkan legasi yang duk ada dan hakisnya sedikit demi sedikit.Penswastaan bukanlah nak main main tapi tak nampak pihak mengambil serius dan mengambil peduli peminat. Contohnya Kelantan, Selangor, atau negeri lain. Fan base kedah besaq.. bukan kecik, tapi dibuat halai balai.Sedih paklong

Posted by Arena HijauKuning on Selasa, 29 September 2020

Sanusi turut mengumumkan DFC yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah 100% milik KFA.

“Setakat ini milik KFA, siapa berminat boleh datang untuk beli saham DFC ini.” tambahnya lagi.

Berkenaan logo baharu, Sanusi berkata ianya akan mempunyai elemen-elemen seperti pokok padi, perisai, warna hijau kuning dan juga bola.

Tambahnya lagi, logo baharu tersebut akan diperkenalkan secara rasmi dalam satu majlis pelancaran yang akan diadakan kelak.

Bagaimanapun, telah tular di media sosial pada hari ini mengenai rekaan logo tersebut menyamai apa yang diperkatakan oleh Sanusi. 

Logo baharu DFC yang tular di laman sosial.

Featured Image: Warta Kedah

(Visited 1,419 times, 1 visits today)
Close