Written by 3:08 pm Bola Sepak, Malaysia

Man Utd Sedang Berunding Dengan Penyerang Berpengalaman, Edinson Cavani

Manchester United dilaporkan sedang berunding untuk mendapatkan khidmat penyerang berpengalaman, Edinson Cavani menurut satu laporan oleh Daily Mail.

Lebih menarik, ketika ini Cavani merupakan pemain ejen bebas setelah tidak disambung kontraknya oleh bekas kelabnya, Paris Saint-Germain (PSG) musim lalu.

Cavani menjadi antara pilihan buat skuad kendalian Ole Gunnar Solksjaer untuk memperbaiki barisan serangan Red Devil yang kurang menyengat sebelum tamatnya jendela perpindahan 5 oktober kelak.

〽️ 🅰️ T 🅰️ D ⚽️ ®️

Posted by PSG – Paris Saint-Germain on Khamis, 27 Jun 2019

Untuk rekod, sepanjang tujuh musim beraksi bersama PSG, penyerang kebangsaan Uruguay terbukti sebagai penyerang prolifik dengan merekodkan 200 gol daripada 301 penampilan. 

Dia juga telah memenangi enam kejuaraan Ligue 1, empat Piala Perancis dan lima Piala Liga Perancis.

Sementara itu dalam laporan yang sama, Manchester United turut ditawarkan untuk meminjam penyerang muda berusia 22 tahun, Luka Jovic daripada Real Madrid.

Luka Jovic

Featured Image: UEFA Champions League

(Visited 47 times, 1 visits today)
Close