Written by 4:22 pm Gaya Sukanz, Lain-Lain

Garmin VENU SQ Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM999

Garmin Malaysia telah melancarkan model baharunya iaitu Venu SQ dan Venu SQ Music Edition secara rasmi untuk pasaran Malaysia pada hari ini.

Model Venu SQ ini merupakan gabungan penjejak kesihatan dan ciri-ciri kecergasan oleh Garmin disekalikan dengan lifestyle harian.

Antara kelebihan model ini adalah mampu bertahan sehingga 6 hari dalam keadaan smartwatch mode. Ianya hadir dalam bentuk segi empat bersaiz 1.3″, skrin sentuh, bezel aluminum dan tali silikon.

Garmin Venu SQ Music Edition

Bagi Venu SQ Music Edition, ianya dilengkapi dengan storan dalaman yang membolehkan anda menyimpan lagu kegemaran untuk dimainkan semasa melakukan aktiviti senama tanpa perlu disambungkan secara atas talian bersama smartphone.

Harga untuk pasaran tempatan bagi model Venu SQ adalah RM999 manakala bagi model Venu SQ Music Edition pula, ianya diletakkan tanda harga RM1250.

Menurut makluman Garmin, model ini boleh didapati secara atas talian menerusi platform membeli-belah seperti Lazada, Shopee dan AECO Online Shop. Selain itu, ianya turut dijual di kesemua kedai rasmi Garmin seluruh Malaysia. 

(Visited 67 times, 1 visits today)
Close