Written by 10:52 am Bola Sepak, Malaysia

Presiden KFA Pertimbang Guna Logo ‘Bunga Alamanda’ Selepas Dikecam Bertalu-Talu

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), YAB Muhammad Sanusi Md Noor mungkin akan mempertimbangkan menggunakan logo lain selepas cadangan logo awal yang tular dikecam oleh para peminat.

Antara logo yang mungkin dipertimbangkan (sepertimana gambar di atas) adalah rekaan oleh peminat yang dihantar kepada Sanusi. Ia dikongsikan olehnya dalam satu hantaran di media sosialnya, semalam.

Logo tersebut diinspirasikan oleh logo KFA lama yang mempunyai elemen-elemen seperti Bunga Alamanda, bola berwarna putih, berlatarbelakangkan warna tradisi hijau, kuning dan merah serta slogan ‘Biar Jasa Jadi Kenangan’.

Logo lama KFA sebelum ditukarkan kepada logo yang mempunyai Helang Merah.

“Ramai peminat pasukan Kedah hantaq mai minta pilih logo-logo ini, InsyaAllah akan dipertimbangkan.” ujar Sanusi.

“Cadangan dan pandangan sentiasa dialu-alukan.” tambahnya lagi.

Ramai peminat pasukan Kedah hantaq mai minta pilih logo-logo ini, InsyaAllah akan dipertimbangkan. Pada peringkat ini,…

Posted by Muhammad Sanusi Md Nor on Rabu, 30 September 2020

Semalam, Sanusi merangkap Menteri Besar Kedah mengumumkan nama dan logo baharu yang bakal diguna pakai oleh pasukan Kedah setelah melengkapkan proses penswastaan sepertimana diwajibkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Walaupun logonya belum dilancarkan dan dipertunjukkan secara rasmi, namun tular sebuah logo ‘cincai’ sama seperti gambaran yang diperkatakan oleh Sanusi semasa sidang medianya.

Logo yang tular dikatakan bakal menjadi logo Darulaman FC

Beliau turut mengumumkan pasukan Kedah selepas daripada ini akan dikenali sebagai Darulaman Football Club (DFC). Pengumuman itu membuatkan para penyokong skuad Helang Merah berang ekoran perkataan ‘Kedah’ digugurkan.

Amarah mereka semakin bertambah apabila Sanusi memberikan alasan tidak mahu menggunakan nama Kedah Football Club (KFC) kerana akan berkongsi akronim dengan jenama rangkaian restoran makanan segera terkenal, Kentucky Fried Chicken (KFC).

Featured Image: FB Muhammad Sanusi Md Noor

(Visited 125 times, 1 visits today)
Close