Written by 10:51 pm Bola Sepak, Malaysia

JDT Pasukan Pertama Juarai Liga Super 7 Kali Berturut-turut

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT FC) muncul sebagai pasukan pertama yang mencipta rekod baharu dengan menjuarai saingan Liga Super Malaysia sebanyak tujuh kali berturut-turut.

Rekod tersebut dicipta oleh skuad Harimau Selatan setelah menundukkan pasukan Sabah 4-1 dalam aksi kesepuluh saingan CIMB Liga Super 2020 di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.

Empat gol tersebut disumbangkan oleh penyerang Brazil , Diogo Luis Santo (1 gol), pemain sayap lincah, Safawi Rasid (2 gol) dan  pemain tengah Argentina, Leandro Velazquez (1 gol).

Gol tunggal pasukan pelawat pula dijaringkan oleh pemain importnya, Dennis Buschening pada separuh masa kedua.

Kemenangan itu memastikan JDT mengumpul 26 mata daripada 10 perlawanan liga dengan berbaki satu lagi perlawanan. 

Ianya membuatkan pencabar terdekat, Perak yang mempunyai 17 mata sudah tidak dapat mengejar lagi kedudukan mereka.

Sementara itu, kejuaraan CIMB Liga Super 2020 yang digapai oleh JDT pada malam ini turut memberikan mereka tiket ke saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2021.

Untuk rekod, pasukan milik DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim ini merangkul kejuaraan sulung saingan liga utama tanah air pada saingan Liga Super 2014.

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

(Visited 522 times, 1 visits today)
Close