Written by 3:08 pm Bola Sepak, Malaysia

Pasukan Perak Bertukar Menjadi Bos Gaurus FC

Pasukan bola sepak Perak akan dikenali dengan nama Bos Gaurus Football Club (BGFC) atau Bos Gaurus FC untuk saingan Liga Malaysia pada musim hadapan.

Menurut laporan Harian Metro, nama tersebut digunakan berdasarkan pendaftaran oleh pihak Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) ketika proses penswastaan kelab seperti dimahukan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Mengenai logo pula, tiada sebarang makluman rasmi daripada pihak PAFA samada menggunakan logo sedia ada atau menggunakan logo baharu.

Untuk rekod, sebelum daripada ini, pasukan bola sepak berpangkalan di Ipoh ini dikenali dengan nama Perak The Bos Gaurus (Perak TBG) sejak tahun 2016.

Featured Image: Perak TBG

(Visited 426 times, 1 visits today)
Close