Written by 11:09 am Bola Sepak, Eropah

Tips Minit-Minit Akhir FPL GW4 – Bayar Harga Salah!

Bagaimanakah keadaan pasukan Fantasy Premier League (FPL) anda selepas tiga minggu? Sudahkan anda menggunakan wildcard atau salah satu daripada tiga chip yang ditawarkan?

Kami berharap keadaan pasukan dan kumpulan mata anda sepanjang tiga gameweek sebelum ini dalam keadaan baik sahaja. Jom kita lihat pemain-pemain yang patut anda pilih menjelang Gameweek 4.

Penjaga gol – Bernd Leno (Arsenal, 5.0 juta)

Foto: Arsenal

Leno berada dalam tahap terbaik selepas melakukan beberapa ‘saves’ penting dalam kedua-dua perlawanan terakhir berdepan Liverpool. Telah memungut satu ‘clean sheet’ daripada tiga perlawanan Premier League sebelum ini, Leno menjadi pilihan utama penjaga gol kami minggu ini.

Pilihan alternatif – Alex McCarthy (Southampton, 4.5 juta)

Pertahanan – Andrew Robertson (Liverpool, 7.0 juta)

Foto: Liverpool

Robbo belum gagal dalam memberikan mata dalam kesemua tiga perlawanan sebelum ini. Jika tidak kerana penglibatan dalam sesebuah gol, beliau memberikan mata clean sheet. Bakal berdepan Aston Villa selepas ini, beliau sepatutnya tidak berdepan sebarang masalah dalam menyumbangkan mata sekali lagi.

Pertahanan – Lucas Digne (Everton, 6.1 juta)

Foto: Everton

Apabila bercakap tentang pertahanan yang mampu memberikan mata dalam penglibatan gol, Lucas Digne merupakan salah satu pemain dalam topik tersebut. Antara pemain yang menjadi punca utama kebangkitan Everton kali ini, dan Brighton seharusnya berjaga-jaga dengan pemain ini.

Pilihan alternatif – Reece James (Chelsea, 5.1 juta)

Pemain Tengah – Mohamed Salah (Liverpool, 12.1 juta)

Foto: Liverpool

Salah telah melakukan 13 percubaan dari dalam kotak penalti dalam tiga perlawanan sebelum ini – lebih banyak berbanding mana-mana pemain Premier League lain. Beliau juga merupakan pilihan yang baik untuk jangka masa panjang. Minggu ini, Salah turun berdepan Aston Villa, seterusnya bertemu Everton dan Sheffield United.

Pemain Tengah – Riyad Mahrez (Man City, 8.4 juta)

Foto: Manchester City

Pilihan yang baik untuk slot pemain tengah ‘kelas kedua’, Mahrez terlibat dalam kedua-dua gol City ketika mereka tewas 2-5 kepada Leicester. Mahrez juga antara calon ‘differential’ yang mantap dengan kurang 5 peratus daripada pemain FPL seluruh dunia yang memiliki beliau ketika ini.

Pilihan alternatif – Harvey Barnes (Leicester, 7.0 juta)

Penyerang – Dominic Calvert-Lewin (Everton, 7.5 juta)

Foto: FPL

Anda tidak perlu bertanya soalan mengapa kita semua perlu memiliki DCL ketika ini. Pemain England ini telah menjaringkan gol dalam semua tiga perlawanan sebelum ini dengan jumlah 5 gol, turut menjaringkan hatrik dalam perlawanan Carabao Cup. Wajib beli!

Penyerang – Raul Jimenez (Wolves, 8.6 juta)

Foto: Wolverhampton Wanderers

Jimenez mungkin tidak terlibat secara langsung dalam semua 4 gol Wolves ketika membelasah West Ham minggu lalu, tetapi harus diingat, beliau berjaya memberi mata dalam dua perlawanan sebelumnya.

Bakal berdepan Fulham, Leeds, Newcastle dan Crystal Palace selepas ini, Jimenez antara pilihan yang baik untuk permainan jangka masa panjang.

Pilihan alternatif – Danny Ings (Southampton, 8.4 juta)

Selamat maju jaya buat semua pembaca Sukanz pada gameweek kali ini!

(Visited 24 times, 1 visits today)
Close