Written by 4:07 pm Bola Sepak, Eropah

Apa Kata Keluarkan Maguire Daripada Skuad – Patrice Evra

Bukan berniat untuk mengkritik mana-mana individu namun bekas pemain Manchester United, Patrice Evra menyarankan agar Harry Maguire ‘direhatkan’ daripada skuad.

Saranan ini keluar daripada mulut Evra selepas beliau kecewa menyaksikan Manchester United dimalukan 6-1 oleh Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) tengah malam tadi.

Dan sepanjang perlawanan yang berlangsung di Old Trafford itu, Maguire menjadi punca kepada beberapa kesilapan di benteng pertahanan sekaligus memberikan peluang kepada Spurs menjaringkan gol.

“Gary Neville pernah berkata, kapten Maguire memerlukan rehat untuk berkhidmat dengan pasukan kebangsaan, kami sentiasa bercakap mengenai dia perlu mencari pasangan yang sesuai, apa kata kali ini kita keluarkan dia dari skuad? 

“Saya tidak mahu mula mengkritik pemain. Saya adalah individu yang pernah berada di sana ia memang sukar. 

“Malam ini (pagi tadi) tidak ada seorang pun boleh bagi alasan. Mereka ternyata membuatkan penyokong United kecewa.

“Saya tidak kisah mengenai keputusan kerana pernah dikalahkan 6-1 namun kali ini kisahnya sama saja setiap tahun. Saya sudah dapat rasakan apa yang penyokong United rasakan,” katanya selepas daripada tamat perlawanan kepada Sky Sports.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama skuad yang terkenal dengan julukan terkenal Red Devils ini tewas dengan keptusan 6-1 dalam saingan EPL.

Pada oktober 2011, Manchester United turut merekodkan kekalahan 6-1 di tangan jiran setempat, Manchester City .

Featured Image: Manchester United

(Visited 54 times, 1 visits today)
Close