Written by 6:04 pm Bola Sepak, Eropah

Rumput Panjang Punca Kekalahan Liverpool – Graeme Souness

Legenda Liverpool, Grame Souness menyalahkan rumput di Stadium Aston Villa yang menjadi punca kepada kekalahan besar Liverpool, awal pagi tadi.

Menurutnya, rumput yang tidak dipotong di Villa Park menyebabkan pergerakan bola tidak lancar sekaligus menyukarkan Liverpool memainkan corak permainannya. 

“Saya berasakan mereka membiarkan rumput lebih panjang daripada biasa untuk memperlahankan pergerakan Liverpool.” katanya di Sky Sports.

Bagaimanapun, Souness mengatakan rumput panjang tersebut turut memberikan kesukaran kepada pasukan tuan rumah tetapi pasukan-pasukan besar mahukan padangan dengan rumput yang pendek.

Dalam perlawanan tersebut, Liverpool yang dibimbing oleh Jurgen Klopp tewas dengan jaringan 7-2 dalam aksi keempat Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kedua-dua jaringan saguhati oleh Liverpool dijaringkan oleh Mohamad Salah pada minit ke-33 dan ke-60.

Featured Image: Aston Villa

(Visited 298 times, 1 visits today)
Close