Written by 12:11 pm Bola Sepak, Malaysia

KFA Mahu Pujuk Sanusi Supaya Batal Hasrat Letak Jawatan

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berhasrat untuk ‘memujuk’ presidennya, YAB Muhammad Sanusi Md Noor agar membatalkan hasratnya untuk meletak jawatan pada 15 oktober ini.

Menurut naib presiden KFA, Khamal Idris Ali berkata pada waktu ini bola sepak negeri tersebut amat memerlukan sokongan daripada Sanusi yang juga merangkap Menteri Besar Kedah.

“Kita faham beliau berdepan tanggungjawab berat selaku Menteri Besar apatah lagi dengan penularan (pandemik) Covid-19 yang tinggi di Kedah berbanding negeri-negeri lain.

“Namun, untuk berdepan dengan pelbagai cabaran pada masa ini, kita amat memerlukan sokongan beliau sebagai presiden. 

“Insya Allah perkara tersebut akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif pada 11 Oktober depan,” katanya seperti dilaporkan oleh Kosmo.

SANUSI KOMITED LANGSAI HUTANG LAMA KFAALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Haji Muhammad Sanusi Md Nor tetap dengan…

Posted by Muhammad Sanusi Md Nor on Khamis, 8 Oktober 2020

Dalam satu sidang media yang diadakan rabu lalu, Sanusi mengumumkan telah menghantar surat untuk meletakkan jawatannya selaku Presiden KFA berkuat kuasa pada 15 oktober kelak.

Tarikh itu dipilih setelah yakin bahawa segala permasalahan di KFA terutamanya melibatkan hutang piutang berjumlah sehingga RM14 juta akan dilangsaikan.

Pada masa yang sama, beliau turut menafikan tindakan untuk meletakkan jawatan itu disebabkan oleh ‘merajuk’ dengan kecaman hebat oleh para penyokong Kedah.

Majoriti penyokong mengecamnya kerana tidak bersetuju dengan pemilihan nama ‘Darulaman FC’ dan logo baharu setelah menjalani proses penswastaan kelab sepertimana dimahukan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Featured Image: Urus Setia Penerangan Darul Aman

(Visited 37 times, 1 visits today)
Close