Written by 4:42 pm Bola Sepak, Malaysia

Mampukah Pahang Sekat Terengganu FC Tanpa Nwakaeme, Carlos, Goulon & Dinesh?

Pahang bakal berhadapan dengan tugas sukar apabil turun menentang Terengganu FC pada aksi terakhir saingan CIMB Liga Super 2020.

Perlawanan tersebut akan berlangsung di gelanggang lawan, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Gong Badak, Terengganu pada ahad ini.

Hal ini kerana mereka tidak dapat menurunkan empat pemain utamanya iaitu penyerang Dickson Nwakaeme, Ivan Carlos, pertahanan Herold Goulon dan R. Dinesh.

Menurut ketua jurulatih Tok Gajah, Dollah Salleh berkata tiga pemainnya iaitu Nwakaeme, Goulon dan R. Dinesh tidak dapat diturunkan kerana dihimpit dengan masalah kecederaan.

Manakala penyerang Brazil, Carlos pula digantung perlawanan.

“Saya akui ketiadaan mereka amat dirasai ketika pasukan mahu menyenaraikan kesebelasan utama sebagai persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia.

“Seperti Goulon, dia mengalami kecederaan pada sesi latihan semalam dan dijangka tidak sempat pulih manakala Nwakaeme dan Dinesh mengalami kecederaan pada perlawanan menentang Perak.

“Tapi, saya percaya barisan pemain lain dapat menggantikan kekosongan itu terutama melakar kemenangan ke atas Terengganu FC,” kata jurulatih berusia 56 tahun itu seperti dipetik daripada Harian Metro.

Sementara itu, skuad Terengganu FC kendalian Nafuzi Zain masih segar dengan kemenangan besar 3-0 ke atas Felda United dalam aksi terdahulu hasil jaringan Dominique da Sylva, Sanjar Shaakhmedov dan Lee Tuck.

Featured Image: Pahang FA

(Visited 19 times, 1 visits today)
Close