Written by 3:31 pm MotoGP, Permotoran

Ujian Berat Buat Yamaha, Enam Jurutera Tidak Dapat Sertai French GP

Pasukan Monster Energy Yamaha terpaksa menanggung ujian berat menjelang perlumbaan MotoGP di Le Mans, Perancis apabila enam juruteranya terpaksa dikuarantin.

Ini kerana salah seorang daripada kumpulan jurutera iaitu ketua projek YZR-M1, Takahiro Sumi didapati positif Covid-19 manakala lima yang lain negatif.

Keputusan itu dikeluarkan semasa mereka menetap di Andorra – wilayah kecil berhampiran Perancis dan Sepanyol.

Mereka turut mengadakan ujian sekali lagi dan keputusan masih sama di mana seorang daripadanya adalah positif dan lima lagi yang lain negatif.

Namun demikian, menurut kenyataan oleh Yamaha, keenam-enam jurutera tersebut dikuarantin dan dan tidak mengikuti pasukan ke perlumbaan di Le Mans.

Sementara itu, Yamaha sedang giat mencari pengganti kepada enam orang jurutera tersebut. 

Akan tetapi enam orang jurutera tersebut masih berhubung dengan pasukan menerusi sistem komunikasi bagi membantu pasukan pada perlumbaan yang akan berlangsung ahad ini.

Featured Image: Monster Energy Yamaha MotoGP

(Visited 59 times, 1 visits today)
Close