Artikel

Annuar Musa Mahu Tubuh WP Putrajaya FC? 

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memberikan bayangan bahawa sebuah kelab bola sepak di Wilayah Persekutuan (WP) Putrajaya bakal ditubuhkan kelak.

Lebih menarik, beliau yang juga bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) turut memaklumkan pasukan tersebut mungkin akan menyertai saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.

“Mungkin WP Putrajaya turut mempunyai pasukan bola sepaknya sendiri musim depan dan bersaing di Liga M.” tulisnya menerusi satu ciapan di laman twitternya, hari ini.

Tiada sebarang maklumat terperinci diumumkan oleh Annuar setakat ini sejurus daripada pengumuman tersebut.

Bagaimanapun, hasil tinjauan pada ciapan tersebut, rata-rata tidak menyokong pengumuman yang dibuat oleh Annuar. 

Majoriti mahu ahli parlimen daripada blok kerajaan itu menumpukan sepenuh perhatian kepada menguruskan pandemik Covid-19 yang masih melanda negara ini. 

Tidak kurang juga yang mahukan Annuar membatalkan hasrat tersebut kerana berpendapat kelab yang akan ditubuhkan itu tidak mampu mencapai kelestarian sekaligus bakal berkubur sepertimana beberapa pasukan malang dalam saingan Liga M.

Featured Image: Football Association of Malaysia

komen