Written by 1:17 pm MotoGP, Permotoran

French GP: Bermula Daripada P18, Alex Marquez Tak Jangka Naik Podium

Pelumba Repsol Honda, Alex Marquez yang bermula daripada petak ke-18 tidak menjangkakan dapat menamatkan perlumbaan dengan menaiki podium dalam perlumbaan di French GP, semalam.

Pada awal perlumbaan, Alex dilihat sedikit berhati-hati menunggang jentera RC213V miliknya di atas litar yang basah.

Bagaimanapun, sedikit demi sedikit, Alex mara ke hadapan sehinggalah berjaya menaiki podium pertamanya dengan menamatkan perlumbaan di tempat kedua, di belakang Danilo Petrucci.

“Satu perlumbaan yang panjang, sangat sukar bermula daripada kedudukan ke-18 tetapi saya percaya daripada awal lagi ianya tidak mustahil untuk berikan sesuatu yang baik hari ini (semalam, tetapi saya tak jangkakan (naik) podium.”

“Saya tidak bermula dengan teruk tetapi saya (terus) menyerang di selekoh pertama, dimana ianya sedikit berisiko, dan tiga atau empat pusingan pertama saya perlu panaskan tayar kerana tayar hadapan adalah (jenis) medium dan tayar belakang adalah (jenis) lembut bukan senang untuk dipanaskan.

“Jadi saya berhati-hati pada awal (perlumbaan) dan apabila perasaan saya semakin meningkat, lebih berkeyakinan, saya cuba untuk pergi lebih ke hadapan,” katanya yang juga adik kepada pelumba tersohor, Marc Marquez dipetik daripada laman Crash.

Pada masa yang sama, Alex berkata dia mengambil masa yang lama sebelum dapat memintas Andrea Dovizioso untuk menduduki tempat kedua. Hal ini kerana penunggang Ducati tersebut sangat laju semasa trek lurus dan juga semasa membrek.

Ketika tiga pusingan terakhir, pelumba berusia 24 tahun ini sempat berpesan kepada dirinya supaya tidak terlibat dalam sebarang kemalangan atau jatuh supaya tidak mensia-siakan peluang untuk menaiki podium sulung dalam saingan MotoGP.

Featured Image: Repsol Honda Team

(Visited 11 times, 1 visits today)
Close