Written by 4:20 pm Bola Sepak, Malaysia

Nafuzi: ‘Top 3’ Dengan Skuad Muda Satu Pencapaian Menakjubkan

Ketua jurulatih Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC), Nafuzi Zain menganggap kejayaan menamatkan saingan CIMB Liga Super 2020 di tangga ketiga sebagai satu pencapaian yang menakjubkan.

Hal ini kerana pasukan TFC pada musim ini merupakan sebuah skuad baharu yang terdiri daripada kalangan pemain-pemain baharu dan juga pemain-pemain muda.

Selain itu, beliau sendiri merupakan seorang jurulatih muda berusia 41 tahun yang masih ‘mentah’ jika dibandingkan dengan jurulatih berpengalaman yang lain.

Tambahan pula, ini merupakan pengalaman sulungnya mengemudi sebuah pasukan dalam saingan Liga Super sebagai ketua jurulatih secara penuh.

🏴🏳️ DISEBALIK TAHUN PERTAMA NAFUZI ZAIN MENGENDALIKAN PASUKAN TERENGGANU FC 🏳️🏴Nafuzi Zain semalam telah melafazkan…

Posted by Terengganu Football Club on Isnin, 12 Oktober 2020

“Saya sangat bersyukur dengan skuad yang kita ada, skuad baru, pemain baru, majoriti pemain muda. Bagi saya sendiri (ini) pencapaian yang amat saya banggakan untuk pemain berada di kedudukan tiga teratas,”

“Saya sangat berpuas hati dengan persembahan pemain-pemain pada musim ini.” katanya selepas daripada perlawanan terakhir Liga Super menentang Pahang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, semalam.

Nafuzi dilantik sebagai ketua jurulatih TFC pada oktober tahun lalu susulan prestasi yang memberangsangkan ketika menjawat jawatan pemangku ketua jurulatih sejak mei 2019.

🏴🏳️ TERIMA KASIH & SELAMAT MAJU JAYA KEPADA KESEMUA BEKAS PEMAIN DAN PEGAWAI PASUKAN TERENGGANU FC 2019 🏳️🏴Terima…

Posted by Terengganu Football Club on Isnin, 4 November 2019

Beliau yang juga bekas penyerang pasukan Terengganu suatu masa dahulu dengan beraninya menyisihkan beberapa muka lama dan menggantikannya dengan beberapa muka baharu termasuk kalangan pemain-pemain muda untuk mengharungi saingan musim ini.

Antara pemain-pemain muda yang diberikan peluang oleh Nafuzi untuk bermain bersama skuad senior TFC pada musim ini adalah penjaga gol berusia 18 tahun, Rahadiazli Rahalim, pertahanan kanan berusia 18 tahun, Azam Azmi Murad dan pemain tengah berusia 24 tahun, Azalinullah Alias.

Featured Image: Terengganu Football Club

(Visited 20 times, 1 visits today)
Close