Written by 11:32 am Bola Sepak, Eropah, Malaysia

Kelab Eropah Sentiasa Pantau Liga Portugal, Peluang Safawi Tonjol Kebolehan Kaki Kirinya

Kelab bola sepak besar yang berpangkalan di eropah sentiasa memantau pemain-pemain dalam saingan Liga Portugal. Dapat disaksikan beberapa pemain muda berbakat yang menyinar di dalam saingan tersebut pasti akan dipancing oleh kelab-kelab besar eropah.

Menurut Sarbegeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby, Liga Portugal sudah lama menjadi persinggahan pertama buat pemain-pemain muda terutamanya kalangan Amerika Latin sebelum melangkah ke saingan yang lebih tinggi seperti Liga England, Liga Itali atau Liga Sepanyol.

Justeru perpindahan penyerang skuad kebangsaan, Safawi Rasid ke pasukan Portimonense SC yang bersaing dalam kancah Liga Portugal merupakan satu keputusan yang tepat untuk mengembangkan lagi kariernya dalam bola sepak.

“Lazimnya pemain Brazil atau Argentina akan ke Portugal dulu sebelum mencari kelab lain.

“Mungkin faktor bahasa dan budaya yang tidak jauh beza membuatkan pemain Brazil lebih selesa memulakan karier di Portugal, tetapi sebenarnya Liga Portugal itu sendiri memang berkualiti dan bagus.

“Liga Portugal adalah liga pembangunan yang sangat sesuai untuk pemain-pemain luar Eropah membina asas kerjaya sebagai pemain profesional.

“Bagi saya, Portugal adalah destinasi tepat buat Safawi dan corak serta gaya permainan Safawi tidak jauh berbeza dengan permainan pantas dan kemahiran yang amat ditekankan dalam liga di sana.

“Saya percaya Safawi boleh berjaya dan saya takkan terkejut kalau selepas ini ada kelab besar ingin mendapatkan khidmatnya,” katanya seperti dipetik daripada Utusan Malaysia.

A promising start ✨Watch every touch Bruno Fernandes took during his United debut now 🎞

Posted by Manchester United on Isnin, 3 Februari 2020

Sebagai contoh, kelab seperti Manchester United telah mendapatkan pemain tengah, Bruno Fernandes (Sporting CP) dan Victor Lindelof (Benfica) daripada saingan Liga Portugal. Terbaharu, Red Devils melengkapkan perpindahan bek kiri, Alex Telles daripada FC Porto.

Manakala kelab seteru mereka, Manchester City turut tidak ketinggalan mendapatkan beberapa pemain daripada Liga Portugal seperti penjaga gol, Ederson dan pertahanan, Ruben Dias daripada Benfica.

Sementara itu, Shebby turut melihat kemampuan kaki kiri Safawi sebagai satu kelebihan yang mampu memikat kelab-kelab besar untuk mendapatkan khidmatnya.

Apatah lagi pemain berusia 23 tahun itu mempunyai kebolehan bermain sebagai ‘inverted winger’ persis bekas pemain handalan Bayern Munich, Arjen Robben  – sesuatu yang amat diperlukan dalam taktikal bola sepak masa kini.

“Kelebihan utama Safawi adalah kekuatan kaki kirinya. Tidak ramai pemain Eropah yang berkaki kiri dan saya ramalkan dia boleh muncul sebagai pemain sayap kaki kiri terbaik dunia selepas ini,” ujarnya lagi.

Featured Image: Portimonense SC

(Visited 65 times, 1 visits today)
Close